Skip to content

Siri 2: Minat VS Tanggungjawab

June 29, 2010

Tulisan: Dr Nur Asyhraff

Untuk memulakan perjalanan pengajian ilmu ini, kita harus dilengkapi dengan dua sifat yang saling memerlukan, iaitu minat dan tanggungjawab.

Minat itu sumber bahan bakar motivasi untuk beristiqamah dalam belajar dan bekerja.
Tanggungjawab pula ialah perasaan yang mendesak diri untuk menunaikan peranan sebagai khalifah Allah.


Hakikat permulaan berasaskan tanggungjawab, tanpa minat

Terdapat juga sebahagian daripada kita yang bermula dalam bidang perubatan ini, kerana bukanlah sebab minat, tetapi atas dorongan ibu bapa, atau mungkin ingin melancong keluar negara, mungkin tidak tahu bidang lain yang ingin diceburi setelah penat mengumpul A, atau ingin bersama dengan kekasih hatinya.

Justeru, pengajian yang dijalani selama sekitar 7 tahun ini akan terasa hambar, tidak bermakna. Kebanyakan mereka akan hanya bergantung pada rasa tanggungjawab kepada ibu bapa dan pihak penaja untuk menghabiskan pengajian mereka.

Natijahnya, mereka akan sekadar pass exam dan tidak kritikal dalam ilmu perubatan. (bersikap taqlid buta tanpa ada kemahiran untuk reasoning dan berselisih pendapat dengan ilmu yang dipelajari).

Maka apabila keluar untuk berkerjaya, akan bekerja acuh tak acuh dan luput rasa ingin meneruskan pengajian dibidang master, apabila tanggungjawab sudah bertambah apabila sudah berkeluarga. Itu pun sekadar untuk memenuhi nafkah dan keperluan harian.

Tentu sedihkan, apabila menyedari hidup ini dihabiskan untuk sesuatu yang tidak sama dengan naluri diri!

Hakikat permulaan berasaskan minat, tanpa tanggungjawab

Saya masih ingat lagi sewaktu selepas SPM di bangku sekolah dahulu. Dunia cyber baru sahaja berkembang dan kami ibarat katak dibawah tempurung, yang belum mengenal dunia pengajian tinggi dan kerjaya. Kerjaya perubatan agak popular dikalangan kami. Tambahan pula, ada sahabat saya yang adiknya baru sahaja menjalani pembedahan untuk membuang tumor di dalam tempurung kepalanya. Perkara-perkara seperti ini yang mencetuskan minat dan dorongan kepada sebahagian daripada kami untuk menceburi bidang perubatan.

Ramai juga yang mendapat inspirasi daripada ibu-bapanya yang juga seorang doktor, malah ada yang benar-benar menyelidiki bidang ini sebelum menceburinya.

Mereka ini ternyata cemerlang dan boleh jadi obses dengan pengajian mereka. Mereka ini mengutamakan pengajian mereka lebih daripada kehidupan sosial, apatah lagi ingin keluar berdakwah. 

Tambahan pula, tekanan daripada ibu bapa yang mahukan anak mereka supaya tidak gagal peperiksaan, malah menghalang mereka untuk bergiat dalam aktiviti dakwah dan usrah.

Kebanyakan mereka biasanya, akan menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi. Malangnya, mereka akan kehilangan peluang yang besar dalam membina syakhsiah diri, memahami isu politik sekitar, membina kefahaman dalam hidup beragama, gagal membina perwatakan dan rasa bertanggungjawab dalam masyarakat, serta mungkin kegagalan mengurus rumah tangga di masa hadapan.

Minat dan obses dalam pengajian dan kerjaya, tanpa didasari oleh rasa tanggungjawab kepada masyarakat ini dapat anda saksikan dalam siri tv Dr House. Kebanyakan mereka adalah doktor pakar yang cemerlang dalam kerjaya dan pengajian mereka, tetapi mereka gemar hidup bersendirian, dek kerana rasa takut untuk memikul tanggungjawab untuk berkeluarga dan bermasyarakat.

Doktor tanpa rasa tanggungjawab inilah akan melahirkan doktor yang bijak merawat penyakit, tetapi gagal menguruskan pesakit. Mereka sudah hilang adab, dan tanpa segan silu menceritakan aib pesakit kepada rakan-rakan mereka tanpa ada sebab yang munasabah.

Itu belum lagi cerita yang membuat sexual abuse and harassment kepada orang bawahan!

Tanpa minat, apatah lagi tanggungjawab

Pengalaman saya sewaktu di tahun akhir, kerapkali saya mendengar cerita para doktor houseman yang bersikap endah tak endah dalam bekerja. Ada juga yang terlibat dalam masalah perundangan kerana kecuaian, dan ada juga yang menyebabkan kematian. Ada juga yang sudah diextend lebih dari setahun, malah ada yang berhenti bekerja, gara-gara tidak tahan dengan cabaran kesibukan ketika housemanship. Memang tidak dinafikan adakalanya mereka ini mempunyai ‘aura malang’ (mereka ini digelar sebagai jonah), tetapi ada juga yang sudah hilang minat dan tanggungjawab terhadap kerjaya mereka. Hari-hari yang dilalui umpama bekerja di dalam neraka dunia.

Justeru, berubahlah sebelum terlambat!

Gabungan antara minat dan tanggungjawab

Baru-baru ini saya ke panggung wayang untuk menyaksikan filem IP Man 1 and 2. Ia mengisahkan tentang seorang mahaguru kungfu yang cemerlang dan handal mengalahkan tentera Jepun dan juara dunia tinju. Dalam filem kedua, apabila beliau berjaya mengalahkan juara dunia tinju, apabila ditanya apakah yang akan dilakukan selepas ini, beliau menjawab;

“Saya ingin pulang ke rumah.”

Kenyataan yang pendek penuh bermakna ini memperlihatkan bahawa, walaupun beliau seorang yang hebat di bidang kerjaya kungfu yang lama menjadi minatnya, beliau tidak melupakan tanggungjawabnya terhadap keluarga. Inilah insan seimbang yang saya maksudkan.

Tidak terlalu obsess dengan kerjaya, hingga meninggalkan dakwah dan rumahtangga!

Justeru, dari manakah background anda, sewaktu anda memulakan perjalanan ini? 

Adakah anda bermula dengan minat?

Ataukah anda sebenarnya bermula dengan rasa tanggungjawab?

Jika anda bermula dengan tanggungjawab, carilah jalan dengan mencari kekuatan diri dan kecekalan hati. Anda belum tahu anda berkebolehan dalam bidang perubatan ini, selain setelah anda cuba dengan sedaya upaya anda.

Jika anda pernah gagal dalam peperiksaan, jangan mudah berputus asa. Selalulah berbincang hal ini dengan naqib anda dan minta bantuan dari Allah. Pelbagaikan kaedah belajar dan approach yang kreatif, yang akan saya bincangkan dalam siri yang akan datang.

Jika anda bermula dari minat, maka leburkanlah sikap obsess anda. Mulalah berjinak-jinak mengenal dunia luar dan bersama dakwah, sebelum anda terlambat untuk membina syakhsiah sebagai doktor yang seimbang.

Jadilah doktor yang mempunyai semangat dahagakan ilmu, disamping menjaga tanggungjawabnya dengan Allah dan makhluk (pesakit, doktor, dan nurse)

Doktor yang bertuhankan Allah, doktor kurang ajar ataupun chronic MO?

Mana satu lorong pilihan hati?

Semuanya anda yang tentukan!

“Dan Kami telah mengilhamkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi).” (90:10)

Bersambung….

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: