Skip to content

Tanggungjawab Terulung

March 9, 2010

Oleh: Dr^Waqipedia

Semalam bersama Akhi Salehuddin dalam circle mingguan bersama sahabat-sahabat MIAT, kami mendengar sedikit pengupasan berkenaan Surah Al-Muddassir. Membaca beberapa potong ayat, membaca terjemahannya dan diselitkan sedikit sirah Rasullullah SAW, seterusnya beberapa kupasan dibuat.

Surah Al-Muddassir, ayat 1 hingga 6 ini menceritakan kisah orang yang berselimut, di mana Allah SWT memerintahkannya untuk bangkit dari tidur dan berdakwah (memberi peringatan) kepada masyarakat. Dalam satu ayat, ia menegaskan supaya mengagungkan Allah SWT dan pada masa yang sama, membersihkan pakaiannya. Pakaian dalam maksud ini boleh juga diertikan sebagai pakaian hati, jiwa kita, supaya bersih daripada perkara keji dan melakukan tugasan dakwah dengn ikhlas, tanpa mengharapkan balasan yang berganda.

Sedikit terjemahan ini diselang seli dengan kisah Rasullullah SAW yang berkaitan dengan Surah Al-Muddassir ini.

Kisah Rasullullah SAW ketika pertama kali menerima wahyu

Ketika Rasulullah SAW bertafakur dan berkhalwat di Gua Hira’, turunnya Jibril dan dia memeluk Rasulullah SAW sehingga baginda sesak nafas. Jibril menyuruh baginda, “Bacalah,” sebanyak 3 kali tetapi tiga kali itu juga baginda mengatakan tidak tahu. Selepas itu, Jibril melepaskan pelukannya terhadap baginda dan mengajar baginda dengan cara ia membaca, Rasulullah SAW mengikut dan mengulangnya.

Selesai sudah, baginda menuruni Gua Hira’ dan tiba di rumahnya dalam keadaan menggeletar ketakutan dan terkejut. Baginda meminta Khadijah menyelimutinya dan tanpa banyak soal, Khadijah menyelimutinya dan menenangkannya. Apabila baginda menceritakan kisahnya kepada Khadijah, dia mendengar dengan sepenuh hati dan membalas;

“Wahai Muhammad, suamiku. Sesekali Allah SWT tidak akan menghinamu kerana kamu seorang yang mengubungkan tali silatulrahim, pemurah, sentiasa cuba meringankan bebanan orang lain, melayan tetamu dengan baik dan menegakkan yang Hak.”

Begitu tinggi sekali kepercayaan Khadijah kepada Rasullullah SAW. Jika dalam konteks masyarakat sekarang ini, jika suami keluar pada masa yang lama, balik dalam keadaan begitu, pasti bebelan menjadi buah tangan. Entah-entah, dijaja pula kisah suami kepada jiran tetangga. Walaubagaimanapun, inilah Khadijah, contoh tauladan isteri yang menyejukkan hati suami dan pembela tatkala si suami memerlukannya di saat yang genting.

Setelah beberapa lama, ketakutan Rasullullah SAW mula hilang dan perlahan-lahan, baginda mula menunggu-nunggu akan kedatangan wahyu yang kedua. Di dalam sirah ada memberi sebab musabab akan penangguhan penurunan wahyu yang kedua di mana untuk membuang rasa gerun dan meningkatkan rasa rindu selain menimbulkan perasaan cekal dan bersedia untuk menerima tanggungjawab dakwah yang berat ini.

Memupuk peranan dakwah dalam diri

Surah Al-Muddassir, ayat 1 hingga 6 ini memfokuskan kepada Rasullullah SAW, supaya bangun daripada tidur, merungkaikan selimut yang menyelimuti badan dan bersegeralah menunaikan tanggungjawab dan mas’ulliyyahnya, iaitu tugasan dakwah kepada seluruh pelusuk alam.

Kata-kata dalam ayat-ayat tersebut memberi peringatan kepada kita jua, supaya lebih pro-active dan cergas dalam tugasan ini. Sudah pasti, memberi peringatan ke arah kebaikan tidak mudah tetapi seperti yang ditegaskan dalam Surah Ali-Imran, ayat 104;

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan manusia yang menyeru kepada kebajikan, mengajak kepada ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.”

Dalam ayat ini, menunjukkan bahawa memberi peringatan sudah menjadi tugas asasi sebenarnya kepada setiap insan yang mengambil Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup. Teringat akan gurauan akhi Salehuddin, ditujukan kepada saya dan Azrul;

“Tengok antum berdua ni, soleh, baik, doktor pula tu, pasti ramai yang berkenan untuk ambil jadi menantu. Biasanya inilah benchmark yang ditetapkan dalam masyarakat tetapi bagi kita di sini, benchmark ini tidak ada apa-apa. Benchmark kita adalah Rasullullah SAW dan sahabat-sahabatnya.”

Mengambil pula kata-kata Dr Abdullah Sudin, hidup ini biarlah mencapai tiga perkara; pertamanya cemerlang di dalam profession, keduanya akhlak biar bagus dan ketiga, hidup biarlah dapat ditumpang oleh orang lain. Apa maksud yang ketiga? Maksudnya, biarlah hidup kita ini mampu memberi manfaat dan sumbangan kepada masyarakat seluruhnya dan beliau juga menyambung, sumbangan yang terulung adalah dakwah. Memberi peringatan dan mengajak ke arah jalan yang lurus seperti yang termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah.

Inilah tanggungjawab kita yang terulung.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: