Skip to content

Gerak kerja Yang Ikhlas

February 21, 2010

Oleh: Dr^Waqipedia

Sedikit perkongsian di pagi hari…..

“Action speaks louder than words”, memang satu simpulan kata yang member makna yang jelas, di mana dalam melakukan sesuatu gerak kerja yang hebat, kata-kata atau mulut yang manis adalah tidak sehebat bertindak dan bekerja. ‘Idiom’ ini terlintas di dalam fikiran apabila terbaca artikel di Malaysian Insider, Kit Siang: Umno is the enemy of 1 Malaysia.

Berkenaan artikel tersebut, Lim Kit Siang menyuarakan pandangannya akan ketidakseriusan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak untuk menjayakan konsep 1 Malaysianya. Katanya ini adalah berasaskan daripada gerak kerja pihak media Malaysia seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian yang dilihatnya seperti sengaja mempermainkan isu-isu perkauman dan agama biarpun tidak benar.

Antara isu yang digembar-gemburkan adalah seperti isu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dikatakan menghalang perarakan Maulidur Rasul dan mengecop beliau sebagai anti Melayu dan Islam. Seterusnya, beberapa isu lain turut dimainkan yang sememangnya boleh menimbulkan perasaan benci, marah dan syak wasangka antara kaum-kaum dan agama di Malaysia.

Perkara ini diseburkan dengan meluas di dalam akhbar yang kebanyakannya dikawal sendiri oleh kerajaan Malaysia dan sudah tentu Perdana Menteri tahu akan perkembangan ini, malah lebih lagi. Walaubagaimanapun, tidak nampak usaha pihak kerajaan Malaysia untuk mengehadkan penyebaran isu-isu seperti ini biarpun dalam setiap ceramah politiknya, Datuk Seri Najib Razak menyuarakan perpaduan antara kaum selain mengharapkan kaum Cina memberi peluang kepada pihak kerajaan UMNO untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.

Bagi Lim Kit Siang dan sebilangan masyarakat Cina, jika isu-isu seperti ini tidak mampu dikawal atau sengaja dibiarkan berlelaluasa, adakah ini bukti yang boleh menimbulkan kembali kepercayaan rakyat terutamanya rakyat Cina kepada kerajaan sekarang? Logiknya, pasti tidak.

—————————————————————————————————————————————————————–

Sebagai seorang pelajar yang sentiasa melatih diri menjadi pemimpin masa depan, saya melihat akan pentingnya gerak kerja yang seimbang samada melalui kata-kata, pemikiran mahupun tindakan. Walaubagaimanapun, apabila menjadi seorang ketua atau pemimpin malahan seorang ‘politician’ atau doctor, pasti tidak akan lari daripada janji-janji kosong. Biarpun tidak semua melakukan perkara tersebut tetapi ini adalah suatu budaya buruk yang telah berakar umbi sejak sekian lama.

Teringat akan pesanan syeikh-syeikh dari Palestin, supaya sentiasa menjaga keikhlasan dalam beramal dan setiap gerak kerja. Melakukan sesuatu perkara tanpa mengharap balasan, bekerja dan berikhtiar tanpa meletakkan janji-janji palsu dan dibuktikan dalam amalan dan tindakan diri adalah juga mencakupi konsep ikhlas. Keikhlasan bekerja dan fokus dalam tindakan mampu memberi kemenangan dan kejayaan dalam sesuatu yang dilakukan. Apabila adanya ikhlas, akan datangnya pengharapan kepada yang Maha Esa. Maka, biarpun kadangkala kita terlupa dan terlalai, kita akan kembali diingatkan bahawa segala-galanya adalah daripada Allah SWT dan segala yang kita lakukan dinilai di akhirat, bukannya pada kaca mata masyarakat.

Semoga bakal-bakal pemimpin, khususnya pelajar-pelajar mampu mengambil iktibar dan berusaha untuk bergerak lebih tangkas dalam tindakan seharian. Menjadi pemimpin adalah menjadi contoh dan kelemahan sesebuah masyarakat dan organisasi adalah kerana kelemahan pemimpin. Jadi, banyakkan bekerja, kurangkan bercakap dan lebihkan berfikir. Insyallah!!

Rujukan:

  1. http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/53889-kit-siang-umno-is-the-enemy-of-1malaysia
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: