Skip to content

Mengejar Erti Perpaduan

September 10, 2009

Oleh: Dr^Waqipedia

3434961316_fc6e100dda

“Bangkitlah pemuda pemudi Islam, bersatulah….jangan bercerai berai, teguhlah dalam perjuangan. Ya Allah, hanyalah engkau tempat kami menyerah diri. Berikanlah kami ketenangan dan kedamaian…”

Hampir beberapa minggu saya menyepikan diri dari mengambil tahu perihal politik negara. Bukan kerana tidak berkesempatan tetapi sudah penat, bosan, sakit hati dan menyampah. Penat melihat dua pihak yang sama agamanya mahupun bangsa bergaduh antara satu sama lain. Bosan melihat kerosakan dan implikasi buruk yang timbul akibat kesilapan dan kebodohan dalam menangani situasi dan keadaan semasa. Sakit hati apabila melihat ada sesetengah pihak cuba mempergunakan agama, bangsa dan negara untuk kepentingan sendiri atau pihak tertentu. Menyampah apabila pihak media memaparkan situasi semasa yang berat sebelah, tidak menyeluruh dan semakin mengeruhkan suasana.

Isu Pemindahan Kuil di Seksyen 23, Shah Alam

Tetapi apabila timbul isu pemindahan kuil di Seksyen 23, Shah Alam, timbul sedikit rasa ingin tahu. Atas beberapa sebab kerana ia melibatkan soal sensiviti agama dan ia berlaku di Selangor, sebuah negeri yang baru setahun jagung diperintah di bawah Pakatan Rakyat. Jika dilihat di dalam media massa, begitu banyak paparan berita dan isu-isu membongkar kelemahan pemerintahan kerajaan baru Selangor. Sebelum Mac 2008, yang selalu menjadi mangsa kutukan adalah Kelantan. Mungkin pihak media massa sekarang sedang beralih angin, sudah bosan untuk ‘melondeh’ kelemahan pentadbiran kerajaan Kelantan kerana semakin banyak ‘dilondeh’, semakin terkenal negeri di bawah bayu ini dan semakin membuka mata ramai orang akan keunikannya.

Berbalik kepada isu pemindahan kuil, masalah ini telah bertapak sekian lama semenjak permerintahan BN di Selangor, hampir 20 tahun tetapi tiada penyelesaian didapati. Walaubagaimana pun, ia kembali kecoh kebelakangan ini apabila pihak kerajaan baru mengambil langkah untuk mencari penyelesaiannya. Proses penyelesaian ini melalui beberapa proses iaitu atas cadangan PKNS yang akan mengambil alih tapak kuil asal di Seksyen 19, kebenaran daripada MBSA selaku perancang Bandar Shah Alam, persetujuan AJK kuil dan kerajaan negeri yang selaku pemantau semua aktiviti pembinaan dan perobohan kuil. Daripada proses-proses ini terbitlah cadangan untuk pemindahan kuil ke Seksyen 23, Shah Alam.

Proses atau pelepasan ‘birokrasi’ ini perlu dicapai terlebih dahulu sebelum ia menjadi ‘cadangan rasmi’ dan dibincangkan bersama pihak awam iaitu penduduk sekitar kawasan pemindahan kuil baru. Mengadakan perbincangan bersama penduduk sebelum mendapat persetujuan ke empat-empat pihak ini tidak memberikan sebarang makna, jika cadangan itu belum lagi merupakan cadangan rasmi.

Oleh itu, selepas selesainya proses-proses ini, pihak kerajaan negeri merancang pertemuan dan perbincangan dengan penduduk Seksyen 23 berhubung cadangan pemindahan tersebut pada 5 September lepas. Walaubagaimana pun, sebelum majlis dialog ini diadakan, berlakunya demonstrasi sebagai tanda protes membantah keputusan tersebut. Malangnya, dan cukup menyedihkan, ia disertai dengan aksi-aksi yang kurang wajar dilakukan sebagai seorang Melayu yang mengamalkan Islam. Menghina sembahan penganut Hindu dengan menyepak atau menendang-nendang kepala lembu yang bagi mereka (penganut Hindu) adalah makhluk suci atau tuhan mereka. Cuba selami ayat 108 Surah Al-An’aam;

“Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yg mereka sembah selain Allah SWT, kerana mereka akan memaki Allah SWT dengan melampau batas tanpa pengetahuan mereka. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka…”

Lihatlah bagaimana peringatan yang diberikan oleh Allah SWT kepada penganut-penganutnya. Menegakkan prinsip kita tanpa menyakiti orang lain. Berfikir secara rasional, timbang tara setiap tindakan sebelum bertindak mengikut hati atau nafsu. Teringat pesanan seorang rakan;

“Never break these four things in life; trust, relation, promise & heart because when they break, they don’t make noise but pains a lot….”

Akibat daripada tindakan tersebut, ada pihak-pihak tertentu tersinggung dan sakit hati. Pada masa yang sama, ia menunjukkan suatu contoh yang sangat buruk sebagai seorang yang mengaku mengamalkan Islam. ‘Peak’ untuk insiden ini adalah kekecohan pada majlis dialog pada 5 September lepas. Lihatlah sendiri video di atas bagaimana sikap biadab dan kurang matang dalam bertindak mendominasi suasana.

Melihat situasi yang berlaku, saya merasa sedih. Mungkin kita bukan seorang penganut Islam yang baik, tetapi di mana sifat berbudi dan menghormati, di mana semangat 1 Malaysia? Dalam hal ini, saya berkecuali dalam soal pemindahan tapak kuil tersebut kerana penduduk setempat dan pihak berkaitan seperti MBSA dan kerajaan negeri lebih arif tetapi yang menjadi ‘the main concern’ adalah sikap kita. Adakah ini contoh yang ingin kita tunjukkan kepada generasi masa depan? Adakah ini contoh yang ingin kita berikan kepada yang bukan Islam? Sebagai masyarakat Shah Alam yang saya rasa rata-ratanya golongan cendekiawan, pastilah sikap dan akhlak yang ditunjukkan ini tidak sepadan dengan ilmu dan status mereka.

Biarpun, adanya tanggapan sesetengah pihak ia adalah mainan politik dan adanya pihak-pihak tertentu yang cuba mengeruhkan suasana tetapi saya tetap positif dalam usaha-usaha kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah ini. Walaubagaimana pun, sejenak berfikir akan situasi semasa terutamanya dalam arena politik negara, banyak perkara yang terlintas dalam fikiran. Sebelum merumuskannya, marilah mendengar dendangan nasyid Bersatulah dan cuba dalami intipatinya.

Sakha – Bersatulah

Ada beberapa perkara yang ingin saya utarakan dan ‘highlight’kan, dalam masyarakat Melayu Islam di Malaysia terutamanya dari segi kesatuan.

1. Kurangnya kesatuan sesama umat Islam. Kita lebih membesar-besarkan titik perbezaan dan masalah, tidak memanfaatkan kelebihan persamaan dan mementingkan kepentingan dan agenda sendiri. Bersatu bukanlah bererti menghapuskan perbezaan tetapi menguruskan perbezaan. Perbaiki kekurangan dan kelemahan, pada masa yang sama, bawa perubahan kearah kebaikan.

2. Apabila perubahan kearah kebaikan dan kesatuan cuba dihulurkan, kita boleh saksikan iringan-iringan kecaman, tuduhan, sindiran yang semakin meretakkan perhubungan. Seperti sebelah tangan menghulurkan salam tetapi yang sebelah lagi menghulurkan pedang.

3. Islam dipergunakan menjadi suatu alat untuk mencapai kepentingan diri atau sesetengah pihak. Kebenaran Islam itu mutlak tetapi kumpulan yang memperjuangkannya tidak mutlak. Begitu juga Negara, ia milik semua pihak. Biarpun berlainan pendapat atau kumpulan, tidak bererti ada yang cinta ataupun tidak cinta kepada tanah air, tetapi cara cara melahirkan dan menzahirkannya mungkin berbeza. Begitu juga dengan Islam tetapi Islam mempunyai panduannya tersendiri iaitu Al-Quran dan Hadith. Maka, memperjuangkan Islam ada tatacara tersendiri berpandukan panduan-panduan tersebut.

4. Perpaduan boleh didapati dengan pelbagai pendekatan berbeza samada pendekatan kenegaraan mahupun Islam. Seperti konsep 1 Malaysia, ia mempunyai ‘essence’ atau ‘value’ yang cuba diterapkan oleh Islam kepada penganutnya. Cintakan bangsa, agama dan Negara. Di dalam Islam, bersatu bukan sahaja suatu dorongan fitrah (keperluan) tetapi juga dorongan Allah SWT (tuntutan).

5. Soal perpaduan adalah soal hati. Dan ia berbalik kepada bagaimana mendidik hati supaya pemikiran yang tercorak adalah sesuai dengan fitrah ini. Sebagai seorang yang menerima didikan Islam, saya yakin Rasullullah SAW telah menunjukkan contoh teladan terbaik dalam menyatukan seluruh umat manusia. Baginda menyediakan asas yang kukuh untuk membina perpaduan ini dengan bermula dari dalam, dengan menjinakkan hati, diperkenalkan dan diperdekatkan untuk mencintai Allah SWT.

6. Inilah proses yang dilakukan oleh Rasullullah SAW ketika mula menyatukan umat Arab jahiliyyah. Hati-hati yang liar dijinakkan supaya beriman kepada Allah SWT dan akhirat. Itulah iman. Iman menjadi prasyarat membawa kepada perpaduan. Tanpa iman, secara automatik hilangnya perpaduan, kasih sayang dan ‘ukhuwwah’. Jika adanya perpaduan, ia hanya bersifat sementara dan hangat-hangat tahi ayam. Lihatlah firman Allah SWT dalam Surah Al-Hasyr ayat 14;

“Kamu menyangka mereka bersatu tetapi hati mereka berpecah belah..”

7. Iman melahirkan rasa takut kepada Allah SWT, gerun kepada balasan neraka, cintakan syurga, benteng kepada hawa nafsu dan sifat-sifat keji. Maka, kuat iman, kuatlah perpaduan. Tidakkan nampak akan rasionalnya rakan-rakan?

Akhir kata, mari kita renung sabda Rasullullah SAW, yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim;

“Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mengasihi saudara islamnya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri…”

Marilah mengejar perpaduan, membawa perubahan dan lebih matang dalam menghadapi kekecohan politik semasa.

Reference:

2 Comments leave one →
  1. liyana permalink
    September 10, 2009 2.45 pm09

    cant agree more..esp ayat surah al-An’am tuh mmg teringt time dgr berita ni
    best bce blog ni..very informative..huhu u should continue writing..(tp jgnla bangga plak haha=P)

  2. Dr^Waqipedia permalink*
    September 11, 2009 2.45 pm09

    …jadilah seperti air, dicincang & disekat sehebat manapun, tetap bersambung kembali…

    tiada yg lebin indah selain daripada kesatuan hasil ukhuwwah & persefahaman yg baik…

    thanx liyana!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: