Skip to content

‘Heart’ Debridement?

September 2, 2009

Oleh: Dr^Waqipedia

Minggu ini merupakan minggu kedua elektif saya di Hospital Serdang di bawah jagaan Dr Basir Towil. Melihat pesakit-pesakit di ‘Ward Orthopedic’ yang rata-ratanya adalah pesakit MVA (Motor-Vehicle Accident) dan ‘diabetic foot’. Tetapi saya banyak menghabiskan masa di OT (Operation Theatre), melihat pembedahan-pembedahan di bilik OT 8 yang sememangnya dikhaskan untuk ‘orthopedic surgery’. Setakat ini saya pernah melihat ‘arthroscopy procedure’, ‘total joint arthroplasty’ untuk bahu dan lutut dan beberapa kes melibatkan ‘Ilizarov procedure’.

Ilizarov Procedure – Bone Transport

Berkenaan ‘Ilizarov procedure’, apakah itu? Ini soalan pertama saya kepada Dr Basir, dan jawapan beliau, “It’s a procedure to lengthen or reconstruct limb bones for correcting any deformities or post-traumatic fractures such as infected bones due to osteomyelitis or open bone fractures.” Prosedur ini dicipta oleh seorang pakar bedah ortopedik dari Rusia dan kemudiannya di’upgrade’kan dari masa ke semasa.

Picture1

Dengan prosedur ini, ia mampu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ‘bone lengthening, bone transport, correction of angulation or deformity’ dan ‘bone fixation’. Konsep rawatan adalah sama iaitu untuk memanjangkan atau ‘reconstruct’ tulang-tulang pada bahagian badan tertentu tetapi yang berbeza adalah teknik pembedahan. Dari segi peralatan, macam-macam ada. ‘Carbonite rings, wires, half pin, threaded socket and rods’ dan ‘bolts & nuts’, itu adalah peralatan-peralatan yang akan dipasang pada pesakit tersebut. Memang jika dilihat peralatan-peralatan tersebut dan lain-lain, terasa seperti berada di bengkel kereta.

Picture5

Tetapi saya tertarik dengan seorang pesakit yang menghadapi ‘open tibial fracture’. Dia terlibat di dalam kemalangan jalan raya tahun lepas lalu mengakibatkan tulang kiri bawah lututnya patah dan retak. Lukanya agak parah sehingga kelihatan koyak bahagian dagingnya. Apabila diperiksa, didapati tulang yang telah retak itu terpaksa dibuang kerana hancur teruk dan ada jangkitan kuman yang teruk di bahagian tersebut. Ini menyebabkan kaki kirinya pendek 8 cm. Jadi, hasil konsultansi doktor-doktor pakar, mereka memutuskan untuk membuat ‘bone transport’.

Tulang di bahagian atas di potong dan dicantum dengan yang atas dan bahagian yang dipotong tadi dibiarkan memanjang sendiri secara perlahan-lahan dengan dibantu oleh peralatan ‘Ilizarov’. Setiap sebulan atau 30 hari, skru-skru tersebut akan dilonggarkan dan dijarakkan beberapa cm. Ini membantu proses pemanjangan dan penyembuhan tulang tersebut. Biarpun, ia mengambil masa yang lama, tetapi efeknya sangatlah berbeza. Pesakit yang seawalnya seperti bakal mempunyai kaki yang pendek sebelah seumur hidup, akhirnya kembali mempunyai bentuk kaki yang normal dan Insya Allah mampu berjalan seperti biasa kembali.

Picture4

Tetapi apa yang lebih menarik minat saya adalah lukanya yang dalam sehingga ke bahagian daging. Kenapa?

Debridement

WBP-Figure-5b

Luka pesakit ini cukup dalam, bernanah dan daging-dagingnya, ada yang telah menjadi busuk dan hitam. Sel-sel daging ini telah mati dan membiarkannya sahaja bakal membawa jangkitan yang lebih parah kepada bahagian-bahagian tisu badan yang sihat dan bersih. Ia juga melambatkan proses penyembuhan luka pada kaki pesakit. Oleh itu, ‘debridement procedure’ dilakukan bagi membuang tisu-tisu mati ini dan nanah-nanah tersebut.

Sesuatu luka yang mengandungi tisu-tisu mati akan mengambil masa yang lama untuk pulih kerana tisu-tisu ini sebenarnya adalah tempat yang cukup ideal untuk kuman-kuman atau bakteria merbahaya membiak contohnya Clostridium perfringens. Walaupun luka tersebut tidak mudah untuk dijangkiti tetapi ia boleh melemahkan sistem imunisasi badan.

‘Heart’ Debridement?

Memahami konsep ‘debridement’ ini, saya terfikirkan seketul daging yang disebut oleh Rasullullah SAW dalam sebuah hadis;

“Di dalam hati manusia, ada seketul daging. Jika baik daging ini, maka baiklah seluruhnya tetapi jika ia rosak, maka rosaklah seluruhnya. Dan daging ini adalah hati.”

Bayangkan hati kita, yang semenjak lahir sehinggalah sekarang, telah dinodai oleh pelbagai ‘kuman-kuman’ dosa dan maksiat. Dosa-dosa kecil atau besar dan maksiat yang dilakukan sedikit demi sedikit berkumpul di hati dan menyebabkan membesarnya titik-titik hitam atau ’tisu-tisu yang mati’. Bayangkanlah jika tisu-tisu mati ini dibiarkan begitu sahaja, tanpa ada langkah pencegahan untuk merawatinya, maka lama-kelamaan kita akan dapati tisu-tisu yang mati yakni titik-titik noda hitam dan jangkitan kuman-kuman ‘maksiat dan dosa’ semakin bertambah dan membusuk.

Jika ini terjadi, apakah yang akan terjadi pada hati dan diri seseorang itu? Semakin lama semakin teruk. Semakin lama semakin banyak maksiat dan dosa yang dilakukannya. Semakin banyak kerosakan yang dilakukannya di muka bumi ini. Dan semakin banyak jua dia mengingkari Tuhan yang telah menciptanya. Adakah mereka tidak menyedari akan perkara ini?

Logiknya juga, apabila hati telah rosak, maka parameter iman atau boleh diibaratkan sebagai ‘sistem imunisasi badan’ kita akan menurun. Semakin mudah untuk menerima maksiat, menganggap enteng akan dosa. ‘Selemah-lemah iman adalah membenci kemungkaran dengan hati.’ Hadis ini memberi peringatan supaya kita meletakkan ‘limitation’ dan garis panduan untuk mengukur iman dan kebersihan hati. Bagaimana caranya?

Cuba bayangkan jika hati atau daging ini dizahirkan di pandangan mata. Setiap hari kita melihatnya, menggendongnya ke mana saja kita pergi dan orang-orang sekeliling mampu melihatnya. Jika hati yang dizahirkan ini bersih dan cantik, maka senang hatilah kita. Tetapi jika ia rosak, busuk, bernanah dan hitam, kita sendiri akan merasa jijik untuk melihat atau memegangnya dan orang-orang di sekeliling pastinya tidak terkecuali.

Dianes-Broken-Heart

Jadi, marilah kita bersama-sama menjaga ‘seketul daging’ ini iaitu hati. Seorang yang sedar akan perihal pentingnya menjaga hati, dia akan menganggap dosa-dosa yang dilakukannya umpama jangkitan bakteria-bakteria atau virus-virus yang merbahaya dan ditakuti seperti AIDS, TB dan ‘swineflu’. Tetapi bagi orang yang tidak, dia hanya menganggap dosa ibarat lalat yang hinggap pada hidung, dikuis dan lalat itu lari.

Marilah kita duduk sebentar, berfikir sejenak dan bermuhasabah. Fikirkan kembali dosa-dosa yang telah dilakukan. Adakah ia terlalu kecil sehingga kita melengah-lengahkan taubat kepada Allah SWT? Adakah kita menganggap dosa-dosa itu satu perkara yang bersih dan ‘sterile’ sehingga tidak tergerak diri untuk mencucinya? Ruginya kita jika kita diberi kefahaman Islam, akal untuk berfikir dan kemahiran dalam perubatan tetapi tidak mengaplikasikannya di dalam kehidupan.

Bagi saya, inilah perbandingan terhadap orang yang sensitif akan hubungannya dengan Allah, dan orang yang tidak sensitif akan hubungannya dengan Allah.

[Coretan 4.00 pagi, 21 Ogos 2009]

Rujukan:

  1. http://www.limblengthening.com/
  2. http://www.answers.com/topic/debridement
  3. http://www.operationalmedicine.org/Videos/WoundDebridement.htm
  4. http://www.podiatrytoday.com/current-concepts-in-wound-debridement
  5. http://www.fpnotebook.com/Surgery/DER/WndDbrdmnt.htm
4 Comments leave one →
  1. Acap permalink
    September 2, 2009 2.45 pm09

    Ameen Ya Rabbal Alameen…:) Nice one,,,

  2. September 3, 2009 2.45 am09

    owh God..macam sakit gilerz..ergh~

  3. Dr^Waqipedia permalink*
    September 3, 2009 2.45 am09

    hahaha…ape nikmat kesihatan kalo xde sakit.. kan?? =)

  4. September 6, 2009 2.45 pm09

    oke scary. luka dia macam..hurm..

    nasib baik ada support. nasib baik ada doktor. nasib baik ada ubat. nasib baik ada Allah🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: