Skip to content

Menanti Mata Terpejam

August 27, 2009

Oleh: Dr^Waqipedia

sleep-learning

Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi. Penat menguasai diri tetapi seperti biasa, mata masih lagi celik. TV yang terpasang, saya tutup. Amri, Burg dan Syafiq sudah lena dibuai mimpi. Hujan renyai-renyai di luar rumah. ‘Sejuk,’ hati berdetik ‘…ini kalo tak sahur dulu, confirm tak bangun sahur.’ Saya bangun, mengambil air 100 Plus dan sedikit coklat, berniat sahur lantas menjamu selera.

Mata masih lagi terang. Insomnia yang telah berleluasa hampir 6 bulan memberi lebih masa kepada saya untuk ‘berjaga malam’ dan ‘bekerja lebih’, biarpun apabila tiba pagi hari, mengantuk selalu menguasai diri. Selalu bermonolog sendiri di dalam hati, ‘Be patient, Allah SWT is trying you with a little hardship if compared with other people in this world. Think positive! With this, I have more time to think, to read and to write. It’s always time where the idea flows non-stop. It’s also the time that I can feel back my reason of existence and make up for a better future.’

Sambil berbaring di atas katil, teringat pesanan Ustaz Ismail dalam tazkirah pendeknya semalam selepas solah tarawih empat rakaat di kolej. Pesanan utama beliau adalah berkenaan bekalan kita di dunia bagi mencapai akhirat yang gemilang; kuncinya taqwa. Teringat pesanan Rasulullah SAW, ‘Bertaqwalah kamu di mana sahaja kamu berada. Bergaullah kamu dengan manusia yang baik akhlaknya. Dan syurga adalah untuk orang-orang yang bertaqwa.’ Mudah dan jelas pesanan ini.

Puasa dan Taqwa?

Jadi, apa kaitannya dengan puasa? Ini kerana puasa adalah medan bagi membina taqwa. Puasa bukan setakat menahan lapar dahaga, bukan kerana kekurangan wang ringgit sehingga tidak mampu membeli makanan, bukan sebagai suatu alternatif dalam menghadapi kegawatan ekonomi, tetapi adalah medan seorang Mukmin untuk berjuang bagi mencapai taqwa. Dalam bahasa mudah, puasa adalah ibadah umat yang berjihad, yang berjuang, yang sedar akan peri pentingnya hubungan dengan Allah SWT dalam susah atau senang.

pengorbanan-1

Lihat suatu contoh di zaman Rasulullah SAW, di mana suatu ketika orang kafir musyrikin melaksanakan konspirasi di kalangan mereka, berpakat untuk tidak menjual makanan mahupun minuman kepada umat Islam di Mekah sehinggakan umat Islam terpaksa memakan pucuk-pucuk paku. Bayangkan pucuk-pucuk paku di Mekah ketika itu, kering, tiada rasa, yang mana ia hanya layak dimakan oleh haiwan-haiwan liar. Begitulah penderitaan umat Islam ketika itu. Tetapi mengapa Allah SWT tidak memfardhukan puasa ketika itu? Bukankah ia sama seperti sambil menyelam, minum air? Tiada makanan, kita berpuasa. Begitu?

Jika itu kefahaman kita, maka kita silap. Allah SWT tidak mahu menjadikan puasa itu sebagai alternatif untuk sesuatu kekurangan mahupun menjadikan ia suatu bebanan. Allah SWT mahukan umatnya memahami bahawa puasa ini difardhukan sebagai medan untuk membina jati dan kekuatan diri, dari segi mental mahupun fizikal. Lihatlah betapa banyak kejayaan-kejayaan yang dikecapi oleh umat Islam ketika berpuasa sehinggalah menang dalam Perang Badar, menawan Constantinople dan pada tahun 1930-40 (saya kurang pasti), tentera Mesir berjaya mengundurkan dan mengalahkan tentera Israel yang lengkap bersenjata. Mengapa? Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana pada ketika ini, hati kita lebih fokus dan lebih terbuka untuk menerima taufiq dan hidayah Allah SWT. Kekuatan yang terbina bukanlah kekuatan yang lahir dengan sendirinya tetapi ia terdidik dengan didikan iman dan taqwa. Hati yang subur dengan rasa perjuangan adalah hati yang dekat dengan taqwa. Sentiasa mengingati matlamat dijadikan, sentiasa bersedia jua untuk dikembalikan kepada yang Maha Esa.

Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi. Sambil bersandar di katil, teringat akan tiga jenis puasa orang yang mengamalkannya dalam bulan Ramadhan;

  1. Pertama, puasa lapar dan dahaga sahaja.
  2. Kedua, puasa menahan lapar dahaga serta menjaga pancaindera seperti mata, mulut dan lain-lain lagi. Pendek kata, mengelak dan menjauhkan diri daripada melakukan perkara maksiat.
  3. Yang terakhir dan ketiga ialah puasa yang berdarjat tertinggi iaitu puasa para auliya’ dan para Solihin. Mereka-mereka ini bukan setakat menjaga hati malah tiada terlintas langsung untuk melakukan maksiat. Pada mereka, hidup mereka hanyalah demi mencari taqwa dan merebut keredhaan Allah SWT.

Kata-kata Uthman Bin Affan,

“Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu adalah hatinya selalu berniat suci, lidahnya selalu basah dengan zikrullah, kedua-dua matanya menangis kerana penyesalan (pada dosa) yang dilakukannya, segala perkara dihadapinya dengan sabar dan tabah dan mereka mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.”

Ayah saya pernah berpesan kepada saya ketika di Tingkatan 4 (yang saya catatkan dalam sebuah nota kecil) sewaktu meniti titian Ramadhan, ‘Jagalah puasa, jagalah solah fardhu dan jagalah tilawah Al-Quran. Itulah amalan terpenting untuk seorang pelajar di bulan Ramadhan. Jika mampu, bersedekahlah.’ Kata-kata abah amat ringkas tetapi bukan senang nak mengamalkannya. Meniti zaman-zaman mencabar menjadi pelajar perubatan, banyak perkara yang selalu terlepas pandang seperti tercicir solah fardhu dan membaca Al-Quran. Semoga Allah SWT mengampunkan saya.

Masyarakat sekarang berjaya mendidik anak-anak untuk berpuasa penuh tetapi gagal dalam mendidik anak-anak untuk menjaga solah fardhu. Suatu perkara yang perlu disedari bahawa di akhirat kelak, perkata terutama yang disoal oleh Allah SWT adalah solah terutama sekali solah fardhu. Pelik apabila orang berpusu-pusu untuk menunaikan solah sunat tarawih berjamaah di masjid tetapi tidak berebut untuk solah fardhu berjamaah. Terlintas rasa syukur mempunyai abah dan umi yang sentiasa memperingati anak sulungnya yang selalu alpa dan lalai.

Terima kasih abah, ‘syukran’ umi.

Jam masih lagi menandakan pukul 3.30 pagi. Saya mencapai buku Project Management tulisan William Tan, membelek ke muka surat yang bertanda dan menyambung bacaan. Lagi setengah jam, pasti mata terlelap.

[Friday, 28th August 2009]

3 Comments leave one →
  1. aladeen permalink
    August 27, 2009 2.45 pm08

    alhamdulillah.

    thanks for the good info. but i would to say, our ibadah is the time where we form a special bond between ourself and Allah, so if you could left it behind and dont mention it in the entry, personally i think it would be more appropriate. At the same time it could prevent fitnah and proud in ourself. nauzubillah…

    obviously u have the talent to write, but i dont know why, i can sense some essence of hey-look-at-me-im-good kind of thing in your writing. forgive me if im wrong. hope you can improve it and be honest in your writing. apologize if u may find this comment a bit offensive. that’s not my intention. lillah. forgive me if you feel that way.

    only my 2 cents

  2. Dr^Waqipedia permalink*
    August 27, 2009 2.45 pm08

    alhamdulillah..really appreciate the comments…will looking forward to ur comment next time =)

    syukran

  3. amni permalink
    August 29, 2009 2.45 pm08

    tu lah kehidupan..
    Dia yng menetukan segalanya…
    nice writing

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: