Skip to content

Kemuliaan Berada dalam Jalan Ini

June 20, 2009

Oleh: Dr^Waqipedia

IloveAllah
Kata-kata bapa saya kepada saya beberapa minggu lalu, “Abah harap apabila along habis belajar dan habis ‘housemanship’, abah nak pencen. Abah nak fokuskan masa dan tenaga abah dalam bidang dakwah, mendidik generasi masa depan.”

Bapa saya adalah seorang yang hebat di tempat kerjanya, dinaikkan pangkat kerana cemerlang dalam kerjanya, tegas dalam memilih gerak kerja yang bersih. Biarpun pernah dek ketegasannya untuk tidak terlibat dengan rasuah, bapa saya hampir dipindahkan ke tempat kerja yang jauh. Tetapi Allah SWT memelihara hambanya yang kekar dalam prinsip hidup yang benar. Sikapnya ini dikagumi dan dicontohi oleh orang-orang bawahannya.

Pada bapa saya, ketegasan dalam memegang jalan dakwah sebagai prinsip hidup adalah suatu kebanggaan baginya. Itulah contoh yang mahu ditunjukkan kepada anak-anak buahnya, rakan-rakannya, anak-anak usrahnya dan yang terutama, anak-anaknya. Harapannya untuk melihat kami adik beradik meneruskan perjuangan hidupnya, adalah amat besar. Berdakwah baginya adalah suatu sumbangan tak ternilai kepada masyarakat dan agama. Bapa saya percaya, melahirkan insan-insan yang cemerlang perlulah melalui proses didikan Islam tanpa melupakan ilmu-ilmu duniawi. Dengan kedua-dua ‘senjata’ ini iaitu ilmu dunia dan jati diri sebagai Mukmin, anak-anaknya mampu memberi sumbangan besar kepada keluarga, Islam dan negara dan menjadi contoh terbaik. Itulah natijah dakwah yang diimpikannya.

Dalam suatu tazkirah yang diberikan oleh bapa saya selepas solah maghrib, beliau telah menggariskan lapan kemuliaan berada dalam jalan dakwah. Di bawah ini sempat saya catatkan buat tatapan pembaca.

Pertama, mereka-mereka di dalam jalan dakwah adalah sebaik-baik manusia. Ini dijelaskan dalam Surah Ali-Imran: 110;

“Orang-orang yang mengajak kepada ma’ruf (kebaikan) dan mencegah kemungkaran serta beriman kepada Allah SWT dengan sebenar-benar iman adalah sebaik-baik umat yang pernah dibangkitkan kepada umat manusia.”

Kedua, dakwah bakal menjadi saksi yg memberi keterangan kepada manusia di hari kiamat kelak, sebagai bukti yang kita telah menyampai dakwah. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 143;

“Kami telah menciptakan kamu sebagai sebaik-baik umat manusia, menjadi saksi kepada umat manusia dan Rasulullah SAW bakal menjadi saksi kamu di akhirat kelak.”

Ketiga, mereka ini adalah orang yang berjaya di dunia dan akhirat. Berdakwah, sebenarnya memberi kesempatan kepada diri untuk bermuhasabah. Ini dibuktikan dalam Surah Ali-Imran: 104;

“Perlu ada satu golongan daripada umat manusia yang mengajak kepada kebaikan dan menolak kemungkaran. Dan mereka inilah orang-orang yang berjaya.”

Keempat, dalam Surah Fushilat ayat 33, ia menjelaskan mereka ini adalah manusia yang terbaik percakapannya.

“Dan tidak ada yang lebih baik percakapannya berbanding orang yang menyeru kepada kebaikan dan melaksanakannya.’

Kelima, mereka adalah pewaris kepada para nabi dan ‘anbiya’. Ulama adalah pewaris para nabi tetapi tidak semertinya menunggu diri untuk menjadi ulama bagi melaksanakan tanggungjawab dakwah.

Keenam, penghuni langit dan bumi sentiasa memohon keampunan kepada mereka yang melaksanankan tanggungjawab dakwah. Dalam Hadis At-Tarmizi, meriwayatkan bahawa sesungguhnya Allah dan seluruh isi langit dan bumi, daripada semut sehinggalah paus berselawat kepada mereka-mereka yang mengajak kepada kebaikan dan berdakwah. Mereka bakal beroleh rahmat dan keampunan yang tidak putus-putus.

Ketujuh, ganjaran yang tidak terputus, kerana kita telah berjaya mengubah jiwa, mencorak akal dan pemikiran seseorang, akhir sekali mengubah kehidupannya ke jalan yang benar. Inilah salah satu daripada tiga perkara yang akan kita bawa sebagai bekalan di akhirat dan bekalan ini tidak akan terputus selagi mana dakwah itu berjalan.

Kelapan, usaha berdakwah adalah lebih baik daripada isi seluruh dunia.

Kemuliaan ini didapati jika dakwah ini disertakan rasa ikhlas, usaha yang tidak pernah padam kerana Allah SWT dan tidak rebah oleh tribulasi yang melanda. Cita-cita terbesar yang perlu ada pada mereka yang yakin dengan perjuangan ini adalah untuk melihat Islam, yang pada masa kini dagang kembali ke tempat yang sepatutnya. Atau…..mati syahid dalam perjalanan mencapai puncak.

P/s: Harapan bapa saya, mahu melahirkan seberapa banyak ‘anak-anak akhirat’, yang melihat dunia dan segala isinya daripada jendela akhirat.

2 Comments leave one →
  1. June 22, 2009 2.45 pm06

    Alhamdulillah, dapat sedikit makanan rohani hari ini. Thanx for sharing! Keep up writing!

    “Kelapan, usaha berdakwah adalah lebih baik daripada isi seluruh dunia”

    MasyaAllah, if everyone knows this, mungkin kerja dakwah akan menjadi lebih hebat!

    Ada seorang guru pernah berkata,

    “Believe it or not, we were born Muslim! And Alhamdulillah, we are still Muslim now. So don’t take it for granted. Do something with your Muslim title. What’s a title for then?

  2. Dr^Waqipedia permalink*
    June 22, 2009 2.45 pm06

    This is my present for my father…in conjunction with Father’s Day.

    He hardly expressed it through his words but from his action and attitudes, he want us to be more than himself. Continue his ‘job’ when he is gone.

    He want us to be proud with Islam, since Islam is the highest, never other things are higher than Islam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: