Skip to content

Motivasi 1: Erti Hidup Pada Memberi

June 19, 2009

Oleh: Dr^Waqipedia

3215_74608606887_727106887_1674649_1057929_n
“Abang pernah putus cinta tak? Bagaimana nak mengatasi perasaan ‘frust’ ni? Selagi saya tak balas dendam dekat dia, selagi tu saya rasa ‘frust’, tak tenteram dan tak dapat ‘study’….” Kata seorang pelajar lelaki Tingkatan 5 dalam sesi soal jawab selepas habis saya memberi ‘motivational talk’ kepada 28 orang pelajar yang bakal mengambil SPM pada tahun ini. Kata-katanya disambut gelak ketawa oleh rakan-rakannya yang lain. Soalan ini adalah salah satu soalan yang diajukan yang menarik minat saya untuk diulas dan dikongsi buat tatapan bersama.

Setahun lepas, mungkin jika saya diajukan soalan seperti ini, jawapan saya adalah, “Cari je bunga yang lain….dan bawa banyak-banyak bersabar…” Tetapi saya memahami jawapan seperti itu tidak dapat memberi penyelesaian dan ketenangan kepada si penanya. Mereka akan sentiasa dirundung kecewa dan sedih, dendam dan benci sehingga mengganggu kehidupan sehingga menjejaskan kesihatan dan pelajaran. Ini adalah hakikat dan akibat apabila kita bermain dengan ‘api’. Api mampu menerangi kita dalam kegelapan tetapi pada masa yang sama ia mampu membakar dan menyeksa diri kita. Begitulah perumpamaan cinta. Pengalaman hidup mengajar saya untuk mendalami permasalahan hati ini dan pada masa yang sama, mencari penyelesaian terbaik untuknya.

Saya pandang wajah pelajar lelaki tersebut dan mengajaknya ke depan lantas mengajukan beberapa soalan sebagai langkah berkenalan. Khairul (bukan nama sebenar), anak sulung daripada 4 org adik beradik, berasal daripada Pontian, mengikut keluarga berpindah ke sekolah ini 2 tahun lalu kerana ayah bertukar kerja. Setelah berkenalan untuk ‘introduction of my case’, saya cuba mendapatkan ‘history of presenting illness’ daripadanya. Berpisah kerana berjauhan, selepas dua tahun ‘in a relationship’. ‘Reason’ yang diberikan oleh pihak sebelah sana, kata Khairul, ingin fokus kepada pelajaran tetapi padanya, kerana ada orang ketiga. Saya dapat merasakan ada dendam yang tersirat di sebalik jawapannya tetapi pada masa yang sama, saya sedar hatinya masih setia kepada ‘si dia’. Daripada pandangan saya sebagai seorang lelaki (general examination), Khairul ini seorang yang segak, tinggi dan ‘tough’ orangnya, ada karisma tersendiri dan berciri kelelakian.

Saya persilakan dia kembali ke tempat duduk dan sebaik sahaja dia duduk di tempatnya, saya memulakan perkongsian saya.

“Adik-adik yang dikasihi, pernah tak dengar Rules of Highly Effective People by Stephen Covey? The second principle, which stated ‘begin with the end in mind’. Apabila adik ingin memulakan langkah pertama menceburkan diri dalam ‘bidang’ ini, adakah adik telah berfikir panjang akan matlamat dan tujuan adik bersamanya? Adakah adik telah membuat perancangan untuk mengakhiri suatu perhubungan itu dengan ikatan perkahwinan? Memandangkan adik adalah seorang Muslim, pasti adik memahami bahawa perhubungan yang diredhai oleh Allah SWT adalah perhubungan yang mengarah kepada perkahwinan dan dalam perjalanan ke arah itu, perlulah terjaga dan bersederhana. Abang tak mahu bercakap panjang pasal ‘how a relationship should be’ sebab abang sendiri seorang yang gagal dalam memberi contoh tauladan terbaik.”

“Fokus di sini adalah untuk membaiki perasaan ‘frust’ dan kecewa adik. Cuba adik selami kata-kata Ustaz Hasrizal, seorang pendakwah Islam yang ‘famous’ dengan kata-katanya; ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Di awal perhubungan, apakah ‘expectation’ adik kepada si dia? Adakah adik mengharapkan apabila adik memberi seluruh jiwa raga adik, adik akan dibalasnya seperti itu? Jika ya, bagi abang, adik tidak ikhlas. Adik memberi tetapi mengharapkan balasan. Apa yang ingin abang tekankan, lihatlah sesuatu atau perhubungan ini sebagai medan untuk MEMBERI, ini akan menjadikan kita lebih memikirkan soal PERANAN dan bukannya HAK yang tidak berkesudahan. ‘This will give us the sense of begin with end in mind’.”

“Sepanjang perhubungan adik dengannya, apa sumbangan adik dalam memastikan kedua-dua kamu membangun daripada sudut-sudut fizikal dan spiritual? Adakah adik dan dia menjadi semakin baik, dari sudut pelajaran atau akhlak? Adakah kamu berdua berpesan-pesan kepada kebaikan? Apakah adik anggap, memberi sepenuh jiwa raga sudah cukup memenuhi criteria CINTA adik? Adik, ‘when you made your confession, you are putting your whole life, integrity and responsibility towards it’. Adakah adik menyedari akan semua tanggungjawab yang akan adik pikul? Cuba adik bayangkan, ibu bapa kepada buah hati adik, mereka bersusah payah menjaga, mendidik anak mereka semenjak dilahirkan ke dunia sehinggalah dewasa. Adakah begitu senang dengan ‘cinta’, adik dapat menggantikan kasih sayang dan jagaan ibu bapa ke atas anak mereka? Fikir-fikirkanlah.

“Apa yang abang katakan, tidak semestinya betul tetapi melalui pemerhatian abang, kata-kata ‘erti hidup pada memberi’ dapat dibuktikan sekarang…di mana adik memaafkannya atas apa yang berlaku biarpun abang tahu, ‘this is the hardest part in your life’. Memberi kemaafan adalah juga suatu pemberian yang cukup besar maknanya dan inilah yang membuktikan betapa tulusnya cinta adik. ‘The reason you can’t hate her is the same reason you have to try your best to forgive her. You can’t hate someone that you have given 100% trust and hope. Am I right, Khairul?'”

Saya memberi ruang untuk mereka menyerap apa yang saya katakan sambil memerhati reaksi mereka. Yang pasti, mereka sedang khusyu’ mendengar penjalasan saya.

Dengan memberi kemaafan, kita akan mengenal erti kebahagiaan dan ketenangan. Hati adik akan menjadi lebih tenang dan semangat untuk membaiki diri akan meningkat. Abang tidak menipu jika abang katakan, setiap kesusahan yang melanda adalah ujian yang Allah SWT berikan kepada adik supaya adik akan dapat ‘goes to a higher level of thinking and life’. Percaya pada abang, salurkan ‘frust’ dan perasaan tidak puas hati kepada ‘I’ll prove to her that I’m the BEST!’. Adik akan berusaha dan berusaha untuk memperbaiki diri adik dan Insyallah, masa akan merawat hati adik dan akhir sekali, Allah SWT akan kurniakan yang lebih baik kepada adik.”

“Dalam Surah Al-Baqarah ayat 126, Allah SWT berpesan,

“Though you dislike it and it may be that you dislike a thing which is good for you and that you like a things which is bad for you. Allah knows but you do not know”

 

“Abang memahami perasaan adik, apabila adik telah meletakkan hati dan usaha adik ke tahap yang maksimum, pada masa yang sama adik telah meletakkan harapan yang cukup tinggi. Dan apabila adik gagal, sudah pasti kekecewaan yang dialami bukannya sedikit. Tetapi ‘it’s a learning process where every great guy will go through it. So be easy on yourself, look forward, never give up and…off you go!’ ”

“Dalam situasi adik sekarang, ambillah pesanan dalam suatu hadith,

” Carilah hatimu di tiga tempat..Carilah hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran.Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak engkau temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika engkau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru, kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati….”

“Doa, usaha dan tawakal adalah kombinasi kejayaan. Berikan hati adik kepada Allah SWT dan luangkan masa lebih banyak dengan keluarga serta rakan rapat anda. ‘Appreciate everyone close to you, who always available when you are wrong’.

“Kesimpulan di sini, erti hidup pada memberi, memberi tanpa mengharapkan balasan, memberi kemaafan, meletakkan hati kepada Allah SWT dan mereka-mereka yang sepatutnya. Faham adik-adik?” Saya tersengih apabila ada beberapa tangan diangkat, tanda ingin bertanya. Salah seorangnya Khairul. “Let us give Khairul one more chance, ok? Lepas ni, Khairul diharamkan daripada bertanya lagi,ok?” Satu kelas bingit dengan ketawa.

“Abang, dalam situasi abang, abang akan ‘give up’ terus ke atau abang akan cuba perbaiki hubungan ini?” Terkesima sekejap saya dibuatnya. Saya perasan muka saya menjadi merah tetapi cepat-cepat dikawal. Lama saya terdiam sehinggalah salah seorang rakannya membuka mulut, “Abang tak ‘give up’ ek?”.

Saya menarik nafas dalam-dalam dan bersuara, biarpun saya menyedari suara saya mula merendah. “Any decision you take, it’s up to you. If you think it worth for you, so wait. However, any decision you take, get ready for its consequences. A man is marked with his words. Dan pesanan abang, biarlah cinta itu datang sendiri dan apabila cinta itu datang, peliharalah ia sebaik mungkin, hindarkan daripada maksiat dan dosa terlarang. Jika tidak, bersedialah untuk suatu perpisahan, walau bukan sekarang. Pengalaman abang membuktikannya. Insyallah, cinta yang terjaga akan kekal. Jika sudah jodoh, maka takkan lari. Tapi adik-adik semua, bagi abang terlalu awal untuk menceburkan diri dalam hal ini. Jika ia kekal, bahagialah adik-adik tetapi jika tidak, merana. Macam Khairul”. Satu kelas tergelak besar termasuk Khairul. “Adik-adik akan melalui zaman matrikulasi dan selepas itu, universiti. Lumrah cinta remaja zaman sekarang, masuk tahun ketiga dan seterusnya, perhubungan jadi hambar dan jemu. Dan akhirnya terputus. Jadi, faham-fahamkanlah maksud abang.”

“Ingat, mencari cinta adalah umpama memilih masa depan. Jika inginkan masa depan dan keluarga yang bahagia, pilihlah mengikut cara Rasullullah SAW. Mula daripada beriman, barulah pergi kepada kecantikan, kepandaian dan keturunan. ‘As time goes by, you all will learn it, through observations and experiences’. Jujur abang kata, mencebur diri dalam bidang perubatan, membuka mata abang kepada situasi masyarakat dan berdamping dengan adik-adik memberi abang inspirasi untuk mendidik adik-adik ke jalan yang betul.”

“Pesanan abang juga, terimalah seadanya. Apabila ‘expectation’ yang terlalu tinggi diletakkan, kecewa akan hadir di saat kekurangan terzahir. Hidup ini perlulah lengkap-melengkapi. Ambillah kekurangan itu sebagai medan untuk diperbaiki. Kesilapan sesetengah lelaki atau wanita, jangan terlalu mudah mengambil keputusan memutuskan hubungan semata-mata kesilapan dan dosa yang terselit dalam perkenalan dengan seorang lelaki atau wanita Muslim yang baik. Berikan kesempatan untuk dia berubah. Berpesan-pesanlah kepada kebaikan. Jika tidak dengan tangan, boleh melalui lisan dan penulisan. Itulah suatu pemberian yang tidak ternilai harganya; peluang. Pesanan Rasulullah SAW diriwayatkan oleh At-tarmizi;

“Apabila datang melamar kepadamu seseorang yang kamu redha agamanya & akhlaknya, maka kahwinkanlah. Jika tidak kamu laksanakan maka akan terjadi fitnah di muka bumi & kerosakan yg luas”

Dengan hadis itu sebagai penutup, saya mengalih topik kepada perbincangan lain. Harapan saya, dengan penjelasan yang sedikit ini, boleh memberi ruang kepada mereka untuk berfikir dan menentukan masa depan mereka. Semoga mereka mampu melihat dunia melalui jendela akhirat.

Catatan: Pukul 6.30 petang, Jumaat, 19 Jun 2009

4 Comments leave one →
  1. Dr^Waqipedia permalink*
    June 20, 2009 2.45 pm06

    ” Carilah hatimu di tiga tempat..Carilah hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran.Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak engkau temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika engkau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru, kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati….”

    maaf, kata-kata di atas adalah kata-kata Imam Ghazali, maaf di atas kesilapan…

  2. servant of God permalink
    June 24, 2009 2.45 pm06

    it sound like you are telling your ‘own experience’, aren’t you?. Anyway, if we want to do something in your life, please check our objective and the way to achieve it..both must follow the rule of Almighty….

  3. Dr^Waqipedia permalink*
    June 24, 2009 2.45 pm06

    thank u…may allah shows the truth… =)

  4. November 22, 2010 2.45 am11

    salam maaf…ana nampk ade ralat kat atas…ayat nie…

    “Dalam Surah Al-Baqarah ayat 126, Allah SWT berpesan,

    “Though you dislike it and it may be that you dislike a thing which is good for you and that you like a things which is bad for you. Allah knows but you do not know”

    sepatutnya ayat Al-Baqarah 216…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: