Skip to content

Meniti Jalan Yang Lurus

May 17, 2009

Oleh: Dr^Waqipedia

Picture12

Dalam solah lima waktu seharian, kita sentiasa mengulang dan membaca Surah Al-Fatihah tetapi sejauhmana kita sebagai umat Islam menyedari akan kehebatan surah tersebut. Suatu yang pasti, surah ini juga adalah doa. Semak kembali Surah Al-Fatihah ayat ke-6;

Bimbinglah kami ke jalan yang lurus…

Ayat ini adalah doa yang dipanjatkan setelah hamba-Nya mempersembahkan segala pujian kepada-Nya (ayat 1-4) diikuti dengan pengiktirafan rasa kehambaan dan ketelusan dalam beribadah (ayat 5). Akhir sekali, ayat 7 menjadi suatu pengakuan memohon kepada Allah SWT bagi mendapat bimbingan sepanjang hidup.

Sentiasa di dalam hati seseorang, pasti terdetik, bagaimana dapatku meniti jalan yang lurus?

Jawapannya di dalam Al-Quran; Firman Allah SWT dalam Surah al-Zukhruf ayat ke-43 yang bermaksud;

Dengan yang demikian, berpegang teguhlah engkau kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus…

Dalam hati manusia, setiap seseorang pasti hatinya terdetik perasaan ini tatkala melihat dirinya kurang ‘bahagia’ biarpun segala-galanya terasa seperti sudah mencukupi dan berlebihan. Meniti jalan yang satu ini, siapakah yang akan melaluinya?

  1. Mereka yang menyembah Allah SWT. Firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran ayat 3;

    “Sesungguhnya Allah SWT adalah Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh itu beribadatlah kamu kepadaNya. Inilah jalan yang lurus…”

     

  2. Mereka yang bersyukur. Firman Allah SWT dalam Surah An-Nahl ayat 16;

    “Dia sentiasa bersyukur akan nikmat-nikmat Allah SWT. Allah SWT telah memilihnya (menjadi Nabi) dan member hidayat petunjuk kepadanya ke jalan yang lurus…”

Dan mereka yang memilih jalan ini, ke manakah mereka akan pergi?

  1. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Maidah ayat 5;

    “Dengan Al-Quran , Allah SWT menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang; dengan izin-Nya dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus…”

Diaspirasikan daripada tazkirah subuh Surau Presint 11 & majalah Solusi keluaran 7. [Hasil pena 10.14 pm, hari Sabtu, 2 Mei 2009]

Rujukan:

 

One Comment leave one →
  1. Dr^Waqipedia permalink*
    May 17, 2009 2.45 pm05

    Pesanan rakan yang kini belajar di Korea:

    Bimbinglah kami ke jalan yang lurus…Ameen
    BTW solat istikarah pon membantu gak, sayang sebab orang selalunya solat istikarah sewaktu nak decide pasal kahwin jer. Solat istikarah tu untuk minta petunjuk jd ada baiknya amalkan selalu. Kita perlu membuat pelbagai keputusan yang kecil mahupun besar dalam kehidupan seharian. Ingatlah Allah sewaktu sakit itu biasa, ingat Allah sewaktu sihat dan senang itu sangat luarbiasa (^_^)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: