Skip to content

Mengapa saya menulis?

May 16, 2009

Oleh: Dr^Waqipedia

Menulis apa yang terbuku di dalam hati di atas sehelai kertas mempunyai kepuasan yang tersendiri dan sukar untuk digambarkan melalui kata-kata ataupun tulisan itu sendiri. Ia adalah mainan perasaan yang hadir dari sudut hati saya. Kini dengan kecanggihan teknologi, menulis dapat diterjemahkan melalui keypad laptop mahupun komputer.

Minat dan keasyikan menulis itu hadir semenjak saya di tingkatan satu lagi. Kerana dahulunya saya seorang yang pendiam dan tidak banyak bercakap (saya gagap), segala ketidakpuashatian akan yang luahkan melalui tulisan. Pernah sebuah buku yang saya beli ketika itu adalah untuk saya nukilkan segala isi hati yang ketika itu bercampur baur pelbagai perasaannya. Perasaan benci, geram, dendam, dan bermacam-macam perasaan negatif yang mendominasi pergolakan rasa dan jiwa saya ketika itu telah menjadikan saya seorang giat mencoret dan menulis. Suatu perkara yang tidak dapat dilupakan adalah surat-surat yang saya coretkan buat umi dan abah sewaktu di tingkatan 1, 2 dan 3 MATRI. Ketika itu, perkembangan telefon bimbit belum meluas dan kami berhubung hanyalah melalui warkah bertulis dan pondok telefon. Surat-surat itu adalah luahan hati hidup saya sepanjang belajar di MATRI. Rasa sedih dan gembira, pengalaman pahit dan manis saya nukilkan di dalam surat-surat tersebut. Apa yang menyentuh hati saya adalah, umi dan abah masih lagi menyimpan surat-surat tersebut di suatu fail yang khas bersama-sama gambar saya ketika kecil.

Dalam mencari identiti diri dan mengimbangi pergolakan diri ketika zaman remaja, menulis adalah kaedah dan cara saya menenangkan jiwa dan mengawal emosi ketika konflik diri itu hadir. Segala tulisan yang ditulis ketika itu adalah untuk diri saya. Ia bagaikan medan untuk saya lepaskan segala kemarahan dan sekurang-kurangya , my true color yang buruk dapat dihindari daripada dipamerkan kepada orang lain. =P

Namun, semua itu sudah berlalu. Apabila usia semakin meningkat dan kematangan diri mulai hadir ke dalam diri, saya kurang mencoret dan menulis. Seperti saya katakan saya menulis apabila saya benci dan geram kepada sesuatu. Itu sahaja. Pada masa yang sama, bakat terpendam saya mula menyerlah. Melukis. Ya, melukis. Saya melahirkan perasaan hati saya dalam bentuk seni. Lukisan-lukisan ini terhasil apabila saya berseorangan. Waktunya tidak menentu tetapi apabila saya berada dalam keadaan ‘high’, tangan saya akan melukis. Melakar di waktu hati saya gembira, sedih dan pedih.

Tetapi apabila mempunyai sedikit kesedaran tentang keperluan untuk menyampaikan ilmu yang dimiliki serta kesedaran Islam yang sebenar, kecenderungan menulis itu mulai terarah ke arah perkongsian ilmu dan pengalaman. Saya sedar bahawa untuk menulis atau menghasilkan output, seseorang memerlukan ilmu atau input yang baca. Dan tidak lain caranya adalah dengan banyak membaca. Bermula pada detik itu, saya mulai banyak membaca dan membaca.

Saya tahu, bukan mudah untuk sampaikan sesuatu kepada pembaca yang menjadi sasaran kita. Kemudian saya wujudkan blog untuk saya mulakan latihan intensif untuk saya belajar menulis. Bagi saya untuk menulis sesuatu artikel yang baik, ia bermula dengan latihan yang baik serta berterusan. Tahun 2006, saya mulai berjinak-jinak menulis melalui medium penulisan di blog peribadi saya. Walaubagaimanapun, oleh kerana kesibukan belajar dan menguruskan program, niat baik saya ini terhenti seketika. Tetapi, apabila saya diberi tanggungjawab memegang kepimpinan PPIM CUCMS Student Chapter, saya merasakan suatu keperluan untuk saya menerokai bidang ini dengan lebih serius. Saya tahu tidak ada yang akan membacanya. Saya menulis di blog umpama saya menulis di dalam diari saya. Point saya di sini, saya melatih agar saya mudah untuk menulis dan mencipta satu minat yang konsisten dalam menulis.Itu sahaja. Niat saya dan perancangan saya adalah untuk menulis beberapa buah buku dan akan menerbitkannya. Dalam perancangan 15 tahun saya, perkara ini telah dimasukkan dalam perancangan strategik saya dan untuk masa yang terdekat ini ada beberapa perkara yang perlu saya laksanakan agar perancangan ini berjaya.

Saya ingin menyarankan agar teman-teman untuk belajar dan belajar menulis agar peluang ini dapat dijadikan salah satu cara untuk menyampaikan kesedaran Islam. InsyaAlah.

Menulis untuk berkongsi..Menulis adalah untuk Memberi..

One Comment leave one →
  1. elfaeza permalink
    September 11, 2009 2.45 pm09

    perancangan yg baik..
    adakah manusia ini yang pernah saya kenal sewaktu darjah 2? ya..manusia bisa berubah.. sama ada mahu menjadi yang lebih baik atau sebaliknya..
    terpulang pada diri sendiri..
    tepuk dada, tanyalah iman..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: