Skip to content

Barisan Kepimpinan PPIM CUCMS SC 2008

May 16, 2009

Oleh: Dr^Waqipedia

resize

Gambar ini memberi seribu kenangan manis dan pahit sewaktu saya memegang jawatan sebagai Presiden Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) CUCMS Student Chapter.
Dari kiri belakang: Zaizol, Naj, Firdaus, Aamir, Akashah, Shahril, Syafiq, Kak Lin, Ummu Salamah, Ecah, Ima Zahra, Ummu Afeera, Salimi Aisyah, Kak Aini
Dari kiri depan: Nabil, Faidhi, Prof Abdul Latiff, Waqiyuddin, Azlin Tasnim, Salwa

Memegang jawatan sebagai Presiden bagi sebuah persatuan yang melambangkan identiti Islam dan kepakaran dalam perubatan adalah suatu tugas besar yang tidak pernah saya impikan untuk digalas. Allah SWT telah menganugerahkan seorang hambaNya yang lemah lagi kerdil untuk memegang suatu tugas yang cukup besar – menggagas gerakan dakwah islam dan pada masa yang sama, menjadi seorang pelajar perubatan yang padat jadual hidupnya.

Amanah ini saya terima dengan hati yang cukup berat dan penuh kerisauan. Saban malam pada dua bulan pertama, saya tidak lena tidur. Memikirkan adakah kudrat yang saya tumpahkan adalah 100% atau tidak. Memikirkan bagaimana Allah Swt akan menyoal saya di akhirat kelak. Kadangkala, di sepertiga malam, saya akan menitiskan air mata memikirkan betapa banyak dosa yang saya lakukan sedangkan pada masa yang sama saya mengajak orang lain kepada kebaikan. Saya sedar saya bukan seorang yang boleh dicontohi atau dikagumi.

Saya memegang amanat Prof Latiff di mana apabila memimpin, fokus kepada misi dan target kita. Jangan futur dalam perjuangan dan jangan sesekali berundur dek tohmahan-tohmahan yang tidak membina. Ikhlaskan diri dalam perjuangan, untuk Islam, untuk Ummah yang tercinta.

Bagi Prof Latif, seorang pemimpin yang cermerlang, akan merancang untuk 10 tahun akan datang. Mengambil contoh di mana seorang Palestinian yang merancang 10 tahun bagi mengebom sebuah base camp tentera-tentera Israel laknatullah. Dia sanggup menghabiskan usia hidupnya selama 10 tahun menjadi pemandu lori yang membawa masuk makanan dan senjata ke kem tersebut bagi mendapat kepercayaan daripada tentera-tentera Irael tersebut. Dengan izin Allah Swt, selepas 10 tahun, dia mati syahid dengan meletupkan dirinya bersama sebiji bom, mengakibatkan kerugian berjuta-juta dolar pada pihak tentera Israel dan akhirnya tentera-tentera Israel mengambil keputusan berundur daripada kawasan tersebut bagi mengelakkan ancaman-ancaman lain. Itulah suatu contoh semangat perjuangan yang tidak kunjung padam, demi mengejar Cinta ilahi. Meyakini bahawa, jika dirinya menjaga Islam, maka Allah Swt akan menjaga dirinya jua.

Sebagai seorang pemimpin, dia mampu mencorakkan suasana dan generasi-generasi selepasnya. Mengambil contoh sebuah sketsa dalam komik Naruto, dimana Asuma-sensei mengajar ‘apprentice’nya, Shikamaru (dalam suatu permainan Jepun bernama Shougi) bahawa the king is not the ‘real king’. It is only a tool in order to produce a better king. The real king is the small pieces of army. Ironiknya di sini, tugas seorang pemimpin adalah melahirkan pemimpin-pemimpin gemilang generasi akan datang. Mereka-mereka inilah yang akan menyambung perjuangan pemimpin-pemimpin lalu yang telah bersusah payah, menumpahkan keringan dan darah dalam memastikan misi kepimpinan nya tercapai. Begitu juga dengan Islam. Hasan Al-Banna, Sayid Qutb dan lain-lain tidak mati dengan hanya meninggalkan fikrah mereka tetapi mereka juga sempat melengkapkan barisan-barisan pelapis yang bakal menggantikan mereka dan meneruskan usaha dakwah Islam. Dan saya merasakan, tanggungjawab ini benar-benar terletak di dalam tangan saya. Dan saya juga yakin, inilah apa yang Prof Latiff dan pensyarah-pensyarah lain harapkan daripada saya.

Akhir sekali, berhati-hatilah dengan pujian kerana ia boleh membakar diri. Selalu saya memuhasabah diri di penghujung malam, sebelum saya melelapkan mata, pujian-pujian yang saya dapati adalah hasil usaha seluruh committes PPIM yang penuh dedikasi. Tanpa mereka, tiadalah saya di sini. Moga Allah Swt melindungi saya daripada riya’ dan takabbur.

One Comment leave one →
  1. Hamba Allah permalink
    December 31, 2009 2.45 am12

    salam.
    this is very inspiring.
    thank you so much!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: