Skip to content

Link to Dr Waqipedia Blogspot

October 9, 2010

Assalamualaykum wbt.

Since I’m currently busy with my Prof Exam 2 and other things, I only focus on updating my 2 other blogs since I don’t have much time for it. However, the other two blogs are for specific purpose.

1.

Siri 3: Mengenal Jargons dan Memahami ‘Activation Energy’

June 29, 2010

Tulisan: Dr Nur Asyhraff

Mengenal jargons dan memahami ‘activation energy’

Untuk mempelajari bidang perubatan, terus terang saya katakan, ianya tidak sesukar subjek-subjek yang lain. Bidang perubatan tidak melibatkan konsep-konsep nombor yang sukar, daya imaginasi yang tinggi-tinggi, dan konsep-konsep yang memerlukan kefahaman yang kritis. Tidak seperti subjek-subjek lain, apabila memasuki alam pekerjaan, kebanyakan daripada apa yang dipelajari sewaktu di bangku pengajian tidak dipraktiskan lagi. Di bidang perubatan, anda masih mempraktiskan apa yang anda pelajari, membuatkan otak anda sentiasa berfikir dan ingin refresh apa yang anda pelajari selama ini.

Hampir semua dalam bidang perubatan adalah jelas dan tidak memerlukan imaginasi, dan walaupun tidak semuanya menawarkan penyembuhan yang total, namun sudah ada rahsia yang sudah diketahui secara logik. Dari pathophysiology, symptoms and signs,sehinggalah ke medications, semuanya boleh dilihat dan dirasai.

Di dalam kerjaya ini jugalah, anda dapat menjadikan para doktor yang lebih senior sebagai sumber inspirasi anda. Ada ramai juga yang berjaya dibidang perubatan dan dibidang lain, umpamanya Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail (Pelajar terbaik RCSI. Namanya terpampang di dinding kolej), dan Tun Dr Mahathir Mohammad

Ada doktor yang ‘nerd’, ada yang baik, ada yang sombong, ada yang suka mengajar, ada yang hambar, yang beradab, ada yang kurang ajar. Semua ini menambah rencah asam garam kehidupan apabila anda masuk ke bidang klinikal ataupun sudah bekerja.

Di peringkat pre-klinikal (pelajar tahun satu dan tahun dua), masa akan banyak dihabiskan di dalam lecture hall. Ini kerana dalam tahun-tahun ini, anda akan diperkenalkan dengan banyak istilah-istilah baru yang saya namakan jargons. Jargons ini adalah sesuatu yang asing dan tidak pernah kita ketahui atau hafal sebelum ini.

Jargons ini akan membuatkan kita rasa cepat bosan, mengantuk, rasa sukar untuk menghafalnya. Ada kalangan kita yang berputus asa dan lemah semangat apabila bertemu dengan jargons.

Saya masih ingat lagi waktu-waktu sukar saya dalam mengenali jargons, kerana saya seorang yang lemah dalam bahasa inggeris. Ada ketika, seorang sahabat saya menitiskan air mata, kerana gagalnya saya mengenal jargons, walhal sudah tinggal beberapa hari lagi untuk exam.

Anda hanya akan dapat melepasi peringkat ini, jika anda sudah familiar dengan jargons, dan berjaya memahami definisi jargons. Ini yang saya namakan sebagai activation energy. Jika anda berjaya melepasi activation energy, maka peringkat-peringkat yang akan datang nanti adalah lebih mudah.

Pada tahun pre-klinikal, masa yang anda ada sebenarnya lebih mewah berbanding dengan tahun-tahun klinikal. Justeru, waktu ini adalah waktu terbaik untuk anda mengenali semua jargons di sekitar anda, mahupun dalam bidang perubatan, ataupun bidang-bidang yang lain. Ulama kita dahulu ialah orang yang menguasai pelbagai jenis bidang ilmu, bukan satu-satu bidang sahaja. Namakan sahaja- ibnu Sina, Az-zahrawi, Ibn-Haitham, Ar-Razi, Ibn-Nafis, Al-Kindi, Imam Al-Ghazali, Al-Battani. Namakan sahaja, mesti lebih dari satu disiplin ilmu yang dikuasai.

Justeru, luangkanlah masa anda duduk bersama Irish, duduk bersama komuniti Islam bukan melayu di sana, memasuki Islamic Society dan FOSIS (Federations of Student Islamic Society), melatih otak kanan (kreativiti) dengan bersajak, menyanyi, berlakon, memasuki course non-medical, untuk travel ke Eropah (mesti berserta dengan niat untuk belajar, bukan sekadar melancong dan shopping sahaja), travel ke timur tengah untuk mendalami istilah-istilah jargons dalam ilmu agama Islam. Ini adalah waktu terbaik untuk menguasai pelbagai disiplin ilmu supaya kelak anda akan dapat memahami sesuatu masalah daripada pelbagai sudut dan memilih penyelesaian kepada masalah tersebut daripada sudut yang paling tepat (tidak semestinya justifikasi dari sudut perubatan moden sahaja adalah yang paling tepat).

Bagaimana ingin menguasai jargons?

Pertama, anda perlu ada keinginan dan minat yang luar biasa, semangat inquiry yang mendalam untuk mengenal jargons. Jadikan diri anda seperti span yang menyerap apa sahaja ilmu, asalkan ia berlandas dengan aqidah, syariat dan adab Islam.

Jargons ini lebih mudah diingati dengan mendengar lecture, berbanding membaca buku tebal secara membabi buta. Ini kerana lecturer akan menunjukkan anda mana satu jargons yang terlebih penting untuk dikenali dahulu. Jika anda mulakan dengan membaca, anda akan senang untuk sesat (get lost) dan hilang tumpuan kerana tidak tahu jargon yang betul. 

Yang penting ialah, anda jangan tidur walaupun anda mengantuk sewaktu mendengar new jargons sewaktu lecture, kerana keadaannya adalah lebih buruk sewaktu anda ingin mengulangkaji di rumah! 

Ini menyebabkan sebahagian dari pelajar perubatan mengambil caffeine berlebihan untuk menghilangkan rasa mengantuk, apabila mereka tidak tahan dengan new jargons. Percayalah, saya tidak pernah mengambil caffeine untuk studi. Cukuplah dengan air masak, dan saya tidur sebentar apabila saya mengantuk. Jangan paksakan diri pada sesuatu yang anda tidak mampu!

Justeru, disiplinkan diri anda untuk ke lecture, dan menulis semua new jargons dalam nota anda, dan ulang ia bersama rakan-rakan. Jangan pulang ke rumah selagi anda belum betul-betul familiar dengan jargon tersebut!

Maka setiap hari, buatlah list jargons yang anda dengar hari itu. Disiplinkan diri untuk mengenal jargons mungkin 10-20 perkataan baru sehari. Biarlah amalan yang sedikit, tetapi berterusan (istiqamah).

Usaha mengenal jargons ini tidak berhenti disini sahaja. Ini kerana anda masih akan bertemu dengan new jargons apabila anda ke bidang klinikal, terutamanya sewaktu dalam bidang pengajian Psychiatry, Paedatrics dan Obstetrics & Gynaecology.

Jika anda sudah familiar dengan jargons, maka timbulkan inquiry yang tinggi untuk mengenal jargons dengan memahami jargons dari segi lughah (literal meaning)
atau
istilah (makna yang mendalam yang lebih spesifik).

Maka hafal sebelum anda tidur, dan fahamkan seberapa daya anda.

Jika anda sudah mengenal banyak jargons, maka anda sudah mampu untuk stage yang seterusnya. Gunakan masa pre-klinikal sebaik mungkin untuk meluaskan pandangan anda.

Contoh-contoh jargons: banyak diambil daripada bahasa latin dan nama-nama saintis yang menjumpainya
Infective endocarditis – Infective (infection from organisms) + endocarditis (inflammations of the endocardium (valve)

  • Kreb cycle
  • Testosterone
  • Schizophrenia
  • Rheumatoid arthritis
  • Placenta praevia
  • Gestational diabetes mellitus
  • Eclampsia
  • Behcet’s disease
  • Scleroderma- sclero (pengerasan or tightening) + derma (skin)

    Melepasi activation energy

    Jika anda sudah familiar dengan jargons, dan anda mampu memahami dan membaca buku tersebut, maka ketahuilah anda sudah melepasi activation energy, untuk menguasai ilmu terbabit.

    Activation energy dapat direndahkan jika ia menggunakan bahasa ibunda sendiri. Justeru, ramai yang kita lihat boleh cemerlang sewaktu di peringkat SPM, tetapi tidak mampu berdaya saing dengan baik apabila menggunakan bahasa inggeris.

    Justeru, kita mesti memperjuangkan bahasa ibunda kita sebagai bahasa peradaban dan bahasa ilmu. Banyak pemimpin dunia Islam hari ini yang mampu memahami dan berbahasa inggeris dengan baik, tetapi masih menggunakan bahasa mereka sendiri seperti Erdogan dan Ahmadinejad, apabila terlibat di conference antarabangsa.

    Seperti tulisan Ibnu Khaldun dalam kitabnya Muqaddimah, bangsa yang terjajah itu adalah bangsa yang ingin berbudaya dan berbahasa seperti orang yang menjajah mereka, dan mereka terus taqlid membabi-buta tanpa segan silu meninggalkan peradaban tamadun bangsa mereka sendiri.

    Bahasa kita perlu dibangunkan untuk anak-anak kita terus berbangga dengan jati diri mereka dan menjadi manusia yang kuat dan berdaya saing.

    Selain itu, saya juga tidak bersetuju dengan polisi kerajaan menghantar mahasiswa-mahasiswa kita ke Negara-negara yang tidak menggunakan bahasa melayu, bahasa arab dan bahasa inggeris di bidang perubatan. Ini akan meninggikan lagi activation energy, serta mereka tidak akan menggunakan bahasa tersebut apabila mereka ingin pulang ke Malaysia. Saya sendiri mendengar keluhan sahabat saya yang terpaksa menggunakan bahasa Russia untuk belajar, walhal mereka tidak menggunakannya lagi sewaktu ingin berkhidmat di Malaysia kelak!

    Jika kita benar-benar ingin hantar mahasiswa ke sana, maka hantarlah mahasiswa dalam jurusan bahasa, jurusan sejarah dunia dan tamadun, jurusan international relationship, jurusan geografi, yang pastinya mereka akan mendapat manfaat dari belajar bahasa dan kebudayaan mereka. Malahan ini juga jurusan yang penting dan kritikal dari segi jumlahnya di Malaysia!

 

Bersambung….

Siri 2: Minat VS Tanggungjawab

June 29, 2010

Tulisan: Dr Nur Asyhraff

Untuk memulakan perjalanan pengajian ilmu ini, kita harus dilengkapi dengan dua sifat yang saling memerlukan, iaitu minat dan tanggungjawab.

Minat itu sumber bahan bakar motivasi untuk beristiqamah dalam belajar dan bekerja.
Tanggungjawab pula ialah perasaan yang mendesak diri untuk menunaikan peranan sebagai khalifah Allah.


Hakikat permulaan berasaskan tanggungjawab, tanpa minat

Terdapat juga sebahagian daripada kita yang bermula dalam bidang perubatan ini, kerana bukanlah sebab minat, tetapi atas dorongan ibu bapa, atau mungkin ingin melancong keluar negara, mungkin tidak tahu bidang lain yang ingin diceburi setelah penat mengumpul A, atau ingin bersama dengan kekasih hatinya.

Justeru, pengajian yang dijalani selama sekitar 7 tahun ini akan terasa hambar, tidak bermakna. Kebanyakan mereka akan hanya bergantung pada rasa tanggungjawab kepada ibu bapa dan pihak penaja untuk menghabiskan pengajian mereka.

Natijahnya, mereka akan sekadar pass exam dan tidak kritikal dalam ilmu perubatan. (bersikap taqlid buta tanpa ada kemahiran untuk reasoning dan berselisih pendapat dengan ilmu yang dipelajari).

Maka apabila keluar untuk berkerjaya, akan bekerja acuh tak acuh dan luput rasa ingin meneruskan pengajian dibidang master, apabila tanggungjawab sudah bertambah apabila sudah berkeluarga. Itu pun sekadar untuk memenuhi nafkah dan keperluan harian.

Tentu sedihkan, apabila menyedari hidup ini dihabiskan untuk sesuatu yang tidak sama dengan naluri diri!

Hakikat permulaan berasaskan minat, tanpa tanggungjawab

Saya masih ingat lagi sewaktu selepas SPM di bangku sekolah dahulu. Dunia cyber baru sahaja berkembang dan kami ibarat katak dibawah tempurung, yang belum mengenal dunia pengajian tinggi dan kerjaya. Kerjaya perubatan agak popular dikalangan kami. Tambahan pula, ada sahabat saya yang adiknya baru sahaja menjalani pembedahan untuk membuang tumor di dalam tempurung kepalanya. Perkara-perkara seperti ini yang mencetuskan minat dan dorongan kepada sebahagian daripada kami untuk menceburi bidang perubatan.

Ramai juga yang mendapat inspirasi daripada ibu-bapanya yang juga seorang doktor, malah ada yang benar-benar menyelidiki bidang ini sebelum menceburinya.

Mereka ini ternyata cemerlang dan boleh jadi obses dengan pengajian mereka. Mereka ini mengutamakan pengajian mereka lebih daripada kehidupan sosial, apatah lagi ingin keluar berdakwah. 

Tambahan pula, tekanan daripada ibu bapa yang mahukan anak mereka supaya tidak gagal peperiksaan, malah menghalang mereka untuk bergiat dalam aktiviti dakwah dan usrah.

Kebanyakan mereka biasanya, akan menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi. Malangnya, mereka akan kehilangan peluang yang besar dalam membina syakhsiah diri, memahami isu politik sekitar, membina kefahaman dalam hidup beragama, gagal membina perwatakan dan rasa bertanggungjawab dalam masyarakat, serta mungkin kegagalan mengurus rumah tangga di masa hadapan.

Minat dan obses dalam pengajian dan kerjaya, tanpa didasari oleh rasa tanggungjawab kepada masyarakat ini dapat anda saksikan dalam siri tv Dr House. Kebanyakan mereka adalah doktor pakar yang cemerlang dalam kerjaya dan pengajian mereka, tetapi mereka gemar hidup bersendirian, dek kerana rasa takut untuk memikul tanggungjawab untuk berkeluarga dan bermasyarakat.

Doktor tanpa rasa tanggungjawab inilah akan melahirkan doktor yang bijak merawat penyakit, tetapi gagal menguruskan pesakit. Mereka sudah hilang adab, dan tanpa segan silu menceritakan aib pesakit kepada rakan-rakan mereka tanpa ada sebab yang munasabah.

Itu belum lagi cerita yang membuat sexual abuse and harassment kepada orang bawahan!

Tanpa minat, apatah lagi tanggungjawab

Pengalaman saya sewaktu di tahun akhir, kerapkali saya mendengar cerita para doktor houseman yang bersikap endah tak endah dalam bekerja. Ada juga yang terlibat dalam masalah perundangan kerana kecuaian, dan ada juga yang menyebabkan kematian. Ada juga yang sudah diextend lebih dari setahun, malah ada yang berhenti bekerja, gara-gara tidak tahan dengan cabaran kesibukan ketika housemanship. Memang tidak dinafikan adakalanya mereka ini mempunyai ‘aura malang’ (mereka ini digelar sebagai jonah), tetapi ada juga yang sudah hilang minat dan tanggungjawab terhadap kerjaya mereka. Hari-hari yang dilalui umpama bekerja di dalam neraka dunia.

Justeru, berubahlah sebelum terlambat!

Gabungan antara minat dan tanggungjawab

Baru-baru ini saya ke panggung wayang untuk menyaksikan filem IP Man 1 and 2. Ia mengisahkan tentang seorang mahaguru kungfu yang cemerlang dan handal mengalahkan tentera Jepun dan juara dunia tinju. Dalam filem kedua, apabila beliau berjaya mengalahkan juara dunia tinju, apabila ditanya apakah yang akan dilakukan selepas ini, beliau menjawab;

“Saya ingin pulang ke rumah.”

Kenyataan yang pendek penuh bermakna ini memperlihatkan bahawa, walaupun beliau seorang yang hebat di bidang kerjaya kungfu yang lama menjadi minatnya, beliau tidak melupakan tanggungjawabnya terhadap keluarga. Inilah insan seimbang yang saya maksudkan.

Tidak terlalu obsess dengan kerjaya, hingga meninggalkan dakwah dan rumahtangga!

Justeru, dari manakah background anda, sewaktu anda memulakan perjalanan ini? 

Adakah anda bermula dengan minat?

Ataukah anda sebenarnya bermula dengan rasa tanggungjawab?

Jika anda bermula dengan tanggungjawab, carilah jalan dengan mencari kekuatan diri dan kecekalan hati. Anda belum tahu anda berkebolehan dalam bidang perubatan ini, selain setelah anda cuba dengan sedaya upaya anda.

Jika anda pernah gagal dalam peperiksaan, jangan mudah berputus asa. Selalulah berbincang hal ini dengan naqib anda dan minta bantuan dari Allah. Pelbagaikan kaedah belajar dan approach yang kreatif, yang akan saya bincangkan dalam siri yang akan datang.

Jika anda bermula dari minat, maka leburkanlah sikap obsess anda. Mulalah berjinak-jinak mengenal dunia luar dan bersama dakwah, sebelum anda terlambat untuk membina syakhsiah sebagai doktor yang seimbang.

Jadilah doktor yang mempunyai semangat dahagakan ilmu, disamping menjaga tanggungjawabnya dengan Allah dan makhluk (pesakit, doktor, dan nurse)

Doktor yang bertuhankan Allah, doktor kurang ajar ataupun chronic MO?

Mana satu lorong pilihan hati?

Semuanya anda yang tentukan!

“Dan Kami telah mengilhamkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi).” (90:10)

Bersambung….

Kaedah Pembelajaran & Pengajaran yang Berkesan – Suatu Pengenalan

June 29, 2010

Tulisan: Dr Nur Asyhraff


  • (Ini adalah sebuah siri nota yang saya tulis untuk membantu mahasiswa kita, terutamanya yang terlibat dalam bidang dakwah, dalam meneruskan dakwah, disamping cemerlang dalam bidang mereka, terutamanya bidang perubatan. Saya akan keluarkan nota-nota ini secara bersiri. Semoga bermanfaat untuk kita semua)

    Siri satu – Pengenalan
    Siri dua – Minat versus tanggungjawab
    Siri tiga – Mengenali Jargons dan memahami activation energy
    Siri empat – Metafizika dan kecerdasan kendiri
    Siri lima – Hikmah dan tidak lokek untuk mengajar dan berkongsi
    Siri enam – Membuat nota dan studi group

     

  • Siri satu- Pengenalan

    (ini adalah siri artikel yang agak panjang yang membicarakan tentang kaedah untuk belajar, terutamanya di dalam bidang pengajian perubatan. Sabarkan diri anda dalam mengikuti artikel ini kerana tiada yang jalan pintas dalam menghabiskan pengajian anda.) 

    (Warning! Ini bukan survival kit, yang penuh dengan tips-tips untuk sekadar pass dan survive dalam dunia mahasiswa ataupun housemanship. Ini adalah kaedah untuk anda menyusun kepelbagaian tanggungjawab dan kaedah untuk belajar dan mengajar secara berkesan).

    Alhamdulillah, saya baru sahaja menghabiskan pengajian dan kini sudah bergelar doktor. Sepanjang pengajian saya, saya telah menempuh perjalanan yang agak panjang dan berliku. Bukan mudah sebenarnya untuk menjadi seorang doktor kerana kita akan perlu belajar lagi seumur hidup.

    Dalam tempoh perjalanan ini juga, saya melihat dilema di kalangan mahasiswa dalam menguruskan kehidupan; meletakkan prioriti di antara dakwah, kerjaya dan pengajian. Ada mahasiswa tahun satu yang terpaksa mengulang tahun gara-gara mempunyai beberapa hari sahaja lagi sebelum final exam, gara-gara gagal menguruskan prioriti dakwah – sibuk mendengar usrah, keluar ke daurah, dan memberi usrah, berbanding menguruskan pengajian.

    Ada juga cerita para senior yang membawa anak usrahnya keluar berprogram dakwah, sewaktu ada interview untuk kerjaya mereka. Walhal sewaktu itu mungkin yang terlebih prioriti ialah membantu anak usrah untuk membuat CV yang baik dan berlatih bertutur dengan yakin, sewaktu interview.

    Inilah antara sebab yang membuatkan mereka kecundang, apabila gagal melihat bahawa kerjaya dan pengajian juga adalah IBADAH.

    Justeru, mahasiwa perlu mempunyai kemahiran untuk meletakkan prioriti diantara tiga ibadah utama tadi (dakwah, pengajian, dan kerjaya) untuk mempunyai kelangsungan kehidupan yang baik.

    Saya juga terpanggil untuk menulis artikel ini setelah melihat trend dalam dakwah masakini. Contohnya, sewaktu di Ireland, ramai kalangan kita yang aktif berpersatuan dan berdakwah di tahun satu dan tahun dua. Masuk sahaja tahun 3, sudah berkurangan bilangan yang masih aktif dalam persatuan. Masuk tahun 4 dan tahun 5, sudah lesap tidak dapat dihubungi dan sudah tidak menghadiri usrah yang biasa dihadiri di tahun satu dan tahun dua.

    Memang tidak dinafikan, tahun klinikal adalah tahun yang sibuk dan lebih mencabar. Namun begitu, kegagalan kita menguruskan tanggungjawab, masa dan prioriti kehidupan menyebabkan dakwah terpaksa dikorbankan kerana ingin menumpukan kepada soal pengajian dan kerjaya. Percayalah, tiada manusia yang hidupnya tidak akan bertambah usia dan tanggungjawabnya, melainkan orang itu dalam keadaan denial yang tidak mahu mengambil tanggungjawabnya.

    Jika anda dengan mudah mengugurkan soal dakwah di tahun-tahun klinikal atas alasan mahu fokus dengan pengajian, maka percayalah kebanyakan kita akan terus gugur di medan dakwah di masa-masa akan datang. 

    Justeru, dakwah, pengajian dan kerjaya mesti diimbangkan, agar ia pada prioriti yang betul. Biarlah amalan yang sedikit, tetapi ianya berterusan.

  • Pembelajaran yang tidak efektif

    Ada kalangan kita yang tidak mahu hadir ke bidang dakwah, dek kerana menghabiskan banyak masa untuk pengajian. Namun begitu, masa yang dihabiskan begitu banyak tidak menghasilkan keputusan peperiksaan yang baik. Ada juga mahasiswa yang tidak ke usrah dan dakwah, tetapi gagal juga dalam pengajian mereka.

    Justeru, saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya bagaimana kita mampu mempunyai kaedah pembelajaran yang berkesan serta berguna kelak sewaktu kita bekerja di hospital nanti.

    Ini adalah sebahagian dari siri-siri artikel yang saya akan terbitkan untuk tujuan ini. Diharap anda akan dapat bersabar dalam mengikuti artikel-artikel saya ini. Semoga akan ada perbincangan dan kritikan yang sihat untuk membantu saya mengukuhkan lagi kaedah pembelajaran ini, untuk digunakan oleh para aktivis dakwah kita di masa-masa hadapan. 

Bersambung…..

Pieces of My Dream

June 12, 2010

By: Dr^Waqipedia

I applied for Youth Leadership Academy (YLA) 2010 sponsorship and the last assignment is to write an essay which is 500 words. Unfortunately, I was too absorbed with my work and end up till 1500 words. Here you; this is my story tale of my dream and future.

Interested Area: Entrepreneurships, Medical Related & Health Awareness


The first time I read the essay question from YLA, I could only think of several community based project that I previously have organized before for the past 4 years studying in CUCMS. I involved in a lot of events, seminars, carnival, talk and tour while at the same time, managed community based project especially the one with medical related such as circumcision in large scale, medical checkup carnival and school tour motivational talk plus teaching basic life support for secondary students.

Before I elaborate further, I would like to stress on the real principle of doing a community based project as it is for the sake and benefit of public and the whole country. Besides immediate aid or giving them any service, element of education for long term benefit must be included as it’s the true benefit which we, as community based service provider should offer.

Out of all project I had managed beforehand, I find out that teaching basic life support in schools is quite interesting when some additional package are being included such as motivational talk, health promotion and career guide. I named it after BLS Training School Tour. It has started since 2008; in small scale and BLS team had their tour on twelve schools in 4 months. The responses are great especially from the school teachers and students. However, due to financial reason and man power, it stuck.

It’s a disappointing period where a lot of schools called and the team had to refuse them. They had mentioned how much it was in fact benefited their students and inspired them to do their very best in studies and future. They also were pleased to have us teaching the students basic life support and first aid skills with very cheap fees compared to the courses provided by any other NGOs.

Early this year, I took the challenge of taking the project and start it back. My management team shortlisted our own goals such as aiming for large scale school tour covering area outside KL and Selangor, free in service provided, able to increase the students’ awareness besides training them to be competent in basic life support skills and able to act quickly in emergency condition.

I got them set up the goals first for the sake of brainstorming our action plan as to make it tally with everything that we are working for. To provide a free teaching tour, we planned for corporate sponsorship and getting grant from health ministry. Recruitment of committees who can handle all the management stuff such as promotion, sponsorship, marketing, multimedia, resource and technicality is compulsory for managerial purpose. In the mean time, they need to polish their skills by joining any seminar regarding soft skills or doing training of trainees. Besides that, connection and networking is one of the most essential element needed for collaboration purpose while helping the smooth running of the project.

I stress the importance of this school tour because it teaches the students two important life-saving module; basic life support plus first aid training and health understanding especially for drug abused and smoking. Look, prevention is better than cure as Malaysian government would be able to save thousands in cash if the civilians know better to help casualty first hand than just leave them behind before the ambulance come. Every minutes count in saving people. Although the different is just 5 minutes, the management and cost of treatment would be greatly poles apart. Same goes to how much Malaysia can save money by avoiding the rising number of drug abusers or smoking related disease such as chronic bronchiectasis, asthma or lung tumor.

Actually, this project is not only for one year duration and for several schools but I plan it into four phases. The first phase is getting corporate sponsorship and goes to 5 schools for free. The second one, after we have good publicity from media, we will charge the schools RM10 per student for three compact modules. It’s far than reasonable because from our research, the least cheap one for basic life training is RM200 above per person. However, for any schools who invite us, the fees will be slightly higher based on negotiation and miles.

Next, the third phase is increasing the fees to a reasonable prices depend on the market once this project has already established and well-known in society. At the same time, I will work on building a doctors’ team who are focusing in teaching this special module towards any big company and at the same time, building their work spirit and teamwork. This special module will include the special training for disaster purpose and construction preparedness.

Last one, the fourth phase is open up a company which focusing in training of the areas before plus inspiring people to make great things in life and serve our nation. The best service for a nation is building their future leadership generation and that will be my greatest contribution to my beloved nation and Malaysia.

The planning is simple and nice but to work out all those three phases will take more than a year, maybe 10 years but I will make a few amendments in order to make it real. For me, besides having a great amount of cash from a business like this, I will surely consider my contribution towards society and leaving a legacy of educating people in the future.

This is my first project as a ladder towards business life and as I have made it into the third phase, I would consider of collaborating with international emergency and disaster team in training people around the world, investing in real estates, franchising with several healthy foods corporations such as Ayamas and Kenny Rogers and of course, joining medical tourism. Medical tourism is the biggest opportunity to develop once I can have a good link and network with several specialist hospitals and tourism agency because Malaysia is significantly great in both sides.

The last dream of me is having my own hospitals which are relatively cheap for poor people with a big laboratory for research on vaccination production and also for drugs production. I highlight of vaccination production because until now, Malaysia is depending on the imported vaccines and it is very costly due to shipping cost, maintenance and its own production. For drugs production, it’s for medical purposes and what use of hospitals if they can’t afford or prescribe a good medication to patients. What I can summarize here, everything is related and if I am only good in medicine, I can only help hundreds of people but if I can realize this dream, it will help thousands of people in Malaysia and maybe throughout the world.

Do you believe in my dream? Once you read everything above, can you do me a favor? Please train me to be a great manager, to be a great leader, to be really great so I can realize my dream. Thank you.

Template of Program Report

May 22, 2010

By: Dr^Waqipedia

Below are the template and example for a program report expected from student activities or program. Hopefully it will be helpful to all CUCMS students. Please be reminded, report must be submitted at least 10 days after the program, for documentation and money claim form purposes.


STUDENT ACTIVITY REPORT FORM

Name of Program 

: 

(CAPITAL LETTER, BOLD)

Date & Day 

: 


 

Time 

: 


 

Venue

: 

 

Organizer 

: 

(respective club or society)

List of Committee (s)

: 

(list down the name of committees in charge & what bureau/commmittee they are in )

Eg:

Program manager – Zulfathi

Ass. PM – siti raihan

Sec Treasrure &

Program Coordinator – salehuddin

etc

Participant (s) 

: 

(state background & number)

Eg: 60 CUCMS students & lectures, 25 MMU students & 2000 villagers of Kampung Neocyber

Special Guest (s) 

: 

(state name, designation & roles during program)

Eg:

Main speaker

Prof. Dr. Mohamed Hatta Shaharom (Dean Faculty of Medicine, CUCMS)

VIP

Tun Dr. Mahathir Mohamad (Honorary Fellow, Yayasan Kepimpinan Perdana)

Objective (s) 

: 

(list the possible objective – be precise, not just copy paste from proposal)

Tentative 

: 

(give the exact program flow that happen on the day, not from paperwork)

Remark (s) 

: 

(explain the about reported program, if can, relate it to objectives)

Eg: It was a very successful program. Audience gathered in the auditorium at early morning until no seat was left emptied. 2 prominent speakers have attracted the audience. They talked about generating leadership quality in the medical students. …..

General Feedback 

: 

(general feedback from the participants & committees)

Eg:

the program should be organized outside CUCMS next time

the program should be organized again next semester

Problem (s) & Post Mortem 

: 

(state the flaw, error etc – the best is to use SWOT)

Eg: seat is not enough

Expenditure (s) 

: 

(give the brief exact expenditure that being used for the program, not from paperwork)

Conclusion 

: 

(hope & feeling from committees – briefly)

Eg: All committees are satisfied with the programs. Our program manager will treat us all with Satay Kajang. Thanks to all.

 

** Please 2-3 pictures contained of committee members & the day of program with short words

 

Prepared by,

 

……………………………

Salwa Abdul Halim

Secretary,

CUCMS Carnival 2009

 

Checked by,

 

……………………………………………….

Mohd Waqiyuddin Baderol Allam

Program Manager,

CUCMS Carnival 2009

 

Verified by,

 

……………………………………..

Ida Syarmilla Mohd Noor

Student Affair CUCMS

Guide for Student Activity Proposal

May 15, 2010

By: Dr^Waqipedia

Proposal Section

  • Title
    • For this part, it’s simply the first page or the cover of the proposal, like the example above. Please include the name of the programme, theme (if provided), date, venue and the organizers.
    • Logo of the organizers must be included but not all, just two, first is the organizer and second is the first, biggest sponsor.


  • Project Overview
    • Project overview is like the summary of the programme. Everything that you can inform to other people in 2 minutes. Make it brief, concise and include all the very important stuff.

       

  • Background Information/Statement of Problem
    • This part is also the justification part. It justified you why did you proceed with this program, what is the cause and urge for you to go on with this program. For example, medical check up in a rural area. You choose that place because of the poor community, a lot of patients, good cooperation from the villagers and so on.
    • You can also include the background information such as your previous achievement in that area of event management. Example, like me and several of my comrades, we have done and organize several Le Tour de Programme which covered every single state in Malaysia except Sarawak, so we can put some information on our previous program and state what improvement that we want to make in this programme.
    • However, sometimes, you can combine this part with the overview if you find it’s suitable and tally with what you want to say.

       

  • Project Detail
    • Goals & Objectives – set your objectives as formal as you can but please put the short term goals first then the long term one. I stress on this because, the end of program, if you are a good project manager, you will get back to your objectives and check whether you have achieved it or not. Please make your own post mortem on yourself, it’s one of the important characters for future leader, so that you can improve and improvise what you did now in the future.


    • Details of the programme i.e. name of programme, theme, duration, organizer, venue, target group, transportation and its accommodation. Simply to say, everything details needed for a participant or viewer to know.


       



    • Staff/Administration/Organizing Committee


    • Methods especially tentative program and what I have mentioned above such as transportation & accommodation


  • Available Resources & Needed Resources
    • Personnel
    • Facilities
    • Equipment/Supplies/Communication
    • Budget (Expected Income-Expected Expenses)

      **Below are the examples of all those above, I combine them all in proposed budget based on committee I had or maybe you can put based on activity done.


       


       


       


       


  • Evaluation Plan
    • Evaluation plan is about the timeline of the event, means what are you planning to do from now, which is maybe 4 months before event or program. You can simplify it like my second example. Otherwise, I think the best is the second one but make it understandable.


    First Example – Vertical


    First Example – Horizontal

  • Appendix
    • It’s good to have appendix. It helps the viewer of the proposal to fully see the important details and put the lengthy one at the back, with numbering so that the viewer can easily flip on to that page. Normally, parts which being kept as appendix are organizational chart, tentative program, evaluation plan and proposed budget.

       

  • Others
    • Please put numbering for every page.
    • Beware of your font and its size. I suggest Times New Roman, Calibri or Book Antiqua for font and 11 for its size.
    • Last but not least, don’t forget about the signature; secretary, program manager and your advisor. Must be hand-written, not type-printed.

That’s all from me. I hope the guide above help you to remind and keep you inform what needs to be highlight in a proper proposal. Please use it fully and any inquiry, please ask me through email: pacemaker86@gmail.com. Let’s learn together. =)