Skip to content

Kaedah Pembelajaran & Pengajaran yang Berkesan – Suatu Pengenalan

June 29, 2010

Tulisan: Dr Nur Asyhraff


  • (Ini adalah sebuah siri nota yang saya tulis untuk membantu mahasiswa kita, terutamanya yang terlibat dalam bidang dakwah, dalam meneruskan dakwah, disamping cemerlang dalam bidang mereka, terutamanya bidang perubatan. Saya akan keluarkan nota-nota ini secara bersiri. Semoga bermanfaat untuk kita semua)

    Siri satu - Pengenalan
    Siri dua - Minat versus tanggungjawab
    Siri tiga - Mengenali Jargons dan memahami activation energy
    Siri empat - Metafizika dan kecerdasan kendiri
    Siri lima - Hikmah dan tidak lokek untuk mengajar dan berkongsi
    Siri enam - Membuat nota dan studi group

     

  • Siri satu- Pengenalan

    (ini adalah siri artikel yang agak panjang yang membicarakan tentang kaedah untuk belajar, terutamanya di dalam bidang pengajian perubatan. Sabarkan diri anda dalam mengikuti artikel ini kerana tiada yang jalan pintas dalam menghabiskan pengajian anda.) 

    (Warning! Ini bukan survival kit, yang penuh dengan tips-tips untuk sekadar pass dan survive dalam dunia mahasiswa ataupun housemanship. Ini adalah kaedah untuk anda menyusun kepelbagaian tanggungjawab dan kaedah untuk belajar dan mengajar secara berkesan).

    Alhamdulillah, saya baru sahaja menghabiskan pengajian dan kini sudah bergelar doktor. Sepanjang pengajian saya, saya telah menempuh perjalanan yang agak panjang dan berliku. Bukan mudah sebenarnya untuk menjadi seorang doktor kerana kita akan perlu belajar lagi seumur hidup.

    Dalam tempoh perjalanan ini juga, saya melihat dilema di kalangan mahasiswa dalam menguruskan kehidupan; meletakkan prioriti di antara dakwah, kerjaya dan pengajian. Ada mahasiswa tahun satu yang terpaksa mengulang tahun gara-gara mempunyai beberapa hari sahaja lagi sebelum final exam, gara-gara gagal menguruskan prioriti dakwah – sibuk mendengar usrah, keluar ke daurah, dan memberi usrah, berbanding menguruskan pengajian.

    Ada juga cerita para senior yang membawa anak usrahnya keluar berprogram dakwah, sewaktu ada interview untuk kerjaya mereka. Walhal sewaktu itu mungkin yang terlebih prioriti ialah membantu anak usrah untuk membuat CV yang baik dan berlatih bertutur dengan yakin, sewaktu interview.

    Inilah antara sebab yang membuatkan mereka kecundang, apabila gagal melihat bahawa kerjaya dan pengajian juga adalah IBADAH.

    Justeru, mahasiwa perlu mempunyai kemahiran untuk meletakkan prioriti diantara tiga ibadah utama tadi (dakwah, pengajian, dan kerjaya) untuk mempunyai kelangsungan kehidupan yang baik.

    Saya juga terpanggil untuk menulis artikel ini setelah melihat trend dalam dakwah masakini. Contohnya, sewaktu di Ireland, ramai kalangan kita yang aktif berpersatuan dan berdakwah di tahun satu dan tahun dua. Masuk sahaja tahun 3, sudah berkurangan bilangan yang masih aktif dalam persatuan. Masuk tahun 4 dan tahun 5, sudah lesap tidak dapat dihubungi dan sudah tidak menghadiri usrah yang biasa dihadiri di tahun satu dan tahun dua.

    Memang tidak dinafikan, tahun klinikal adalah tahun yang sibuk dan lebih mencabar. Namun begitu, kegagalan kita menguruskan tanggungjawab, masa dan prioriti kehidupan menyebabkan dakwah terpaksa dikorbankan kerana ingin menumpukan kepada soal pengajian dan kerjaya. Percayalah, tiada manusia yang hidupnya tidak akan bertambah usia dan tanggungjawabnya, melainkan orang itu dalam keadaan denial yang tidak mahu mengambil tanggungjawabnya.

    Jika anda dengan mudah mengugurkan soal dakwah di tahun-tahun klinikal atas alasan mahu fokus dengan pengajian, maka percayalah kebanyakan kita akan terus gugur di medan dakwah di masa-masa akan datang. 

    Justeru, dakwah, pengajian dan kerjaya mesti diimbangkan, agar ia pada prioriti yang betul. Biarlah amalan yang sedikit, tetapi ianya berterusan.

  • Pembelajaran yang tidak efektif

    Ada kalangan kita yang tidak mahu hadir ke bidang dakwah, dek kerana menghabiskan banyak masa untuk pengajian. Namun begitu, masa yang dihabiskan begitu banyak tidak menghasilkan keputusan peperiksaan yang baik. Ada juga mahasiswa yang tidak ke usrah dan dakwah, tetapi gagal juga dalam pengajian mereka.

    Justeru, saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya bagaimana kita mampu mempunyai kaedah pembelajaran yang berkesan serta berguna kelak sewaktu kita bekerja di hospital nanti.

    Ini adalah sebahagian dari siri-siri artikel yang saya akan terbitkan untuk tujuan ini. Diharap anda akan dapat bersabar dalam mengikuti artikel-artikel saya ini. Semoga akan ada perbincangan dan kritikan yang sihat untuk membantu saya mengukuhkan lagi kaedah pembelajaran ini, untuk digunakan oleh para aktivis dakwah kita di masa-masa hadapan. 

Bersambung…..

About these ads
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: