Skip to content

Sabah Sentiasa Di Hati…

March 7, 2010

Oleh: Dr^Waqipedia

Hari ini Khamis, 25 Februari 2010, minggu kelima untuk posting Orthopedic di Hospital Serdang. ‘Ward work’ seperti biasa tetapi saya mengambil keputusan untuk pergi ke bangunan Invent Q untuk berjumpa dengan Kak Ida, Student Affair CUCMS untuk berbincang berkenaan beberapa projek dan program di bawah kelolaan Biro Projek Student Council CUCMS seperti Purple Carnival, Dinner CUSPS dan BISMI selain membentangkan beberapa pelan tindakan untuk membantu dan membimbing pelajar dalam Project Management. Alhamdulillah, Kak Ida menyambut baik cadangan yang diberikan.

Jam sudah hampir pukul 12 tengah hari. Handphone sudah berbunyi beberapa kali. Pastinya Azrul dan Naj menunggu di rumah. Planning nya nak bergerak ke KLIA pukul 12.30 tengah hari dan Sheriman yang bakal menghantar kami berlima, saya, Aamir, Azrul, Imran dan Naj. Biarpun, pada planning awalnya saya ingin menjemput tiga orang rakan lain untuk pergi tetapi kerana kesuntukan bajet, kami berlima sahaja yang dapat pergi.

Matlamat kami pada petang ini adalah untuk ke Sabah. Bukan untuk berjalan-jalan tetapi untuk misi bantuan kemanusiaan dan dakwah kepada masyarakat Sabah. Misi ini menggabungkan dua projek iaitu Program Pembangunan Modal Insan (PPMI) dan Program Kecemerlangan Pendidikan (PKP) yang mana ia dilaksanakan secara serentak di kawasan Kunak dan Semporna. Program-program ini adalah dibawah tajaan Kementerian Luar Bandar & Wilayah dengan kerjasama HALUAN, Jawatankuasa Kemajuan Kampung, pihak Ladang dan Pusat Pelajaran Daerah Kunak dan Semporna, Sabah.

Seramai 22 orang sukarelawan termasuk kami akan turut serta dalam misi ini. Naib Presiden HALUAN bagi Hubungan Kaum & Kemasyarakatan, Dr Haji Azizan Ahmad dan Dr Wan Muhaizan Wan Mustaffa (Pengarah Program), bakal mengetuai misi ini. Alhamdulillah, saya dan rakan-rakan sekali lagi bakal dipertemukan dengan Dr Zamrin, cardiothoracic surgeon HUKM dan Dr Burhanuddin, pakar Orthopedic USIM. Malangnya, Dr Basir tidak berkesempatan untuk turut sama dalam misi kali ini.

Pesanan SMS dari abah, “Semoga Allah SWT sentiasa memberi pengawasan, hidayah dan keselamatan dunia dan akhirat kepada ANAKKU sebagai seorang dai’e..” meruntun hati saya. Doa seorang ayah kepada anak sulung yang sentiasa menjadi harapan keluarga. Menanti-nantikan pesanan SMS dari seorang rakan tapi tak kunjung tiba. Lain yang dinanti, lain yang tiba. Ucapan terima kasih kepada junior tersebut atas ingatan.

Tiba di KLIA, sukarelawan-sukarelawan lain sudah menunggu. Akhi Shakir dan Nu’man Saadan sudah tiba lebih awal. Kami menjamu selera sambil berborak. Seronok berjumpa sahabat-sahabat. Tanpa disangka, saya dipertemukan dengan Dr Farhan Hadi. Kami pernah berjumpa 4 tahun yang lepas dalam satu program medical check up di Kelantan dan dia ketika itu, baru sahaja menghabiskan pengajiannya di UNIMAS. Syukur, ikatan ukhuwwah itu sangat cantik dan saya merasa cukup terharu kerana beliau masih mengingati saya. Pukul 1.30 petang, kami check in dan solah Zohor jama’ taqdim di balai berlepas. Pukul 2.30 petang, kami berangkat ke Tawau, Sabah dan dijangkakan sampai pada pukul 5.30 petang.

Tiba di Lapangan Terbang Tawau, kami dijemput oleh wakil HALUAN Sabah dan terus bergerak ke sebuah sekolah untuk briefing dan makan malam. Kami mengambil masa hampir 2 jam lebih untuk tiba di Seafest Hotel, sebuah hotel di Semporna. Ia terletak di sebelah jeti yang menghubungkan masyarakat Semporna dengan masyarakat-masyakat pulau berdekatan seperti Pulau Larapan, Pulau Bum Bum dan Pulau Sipadan. Malam itu, setelah melepas lelah dan membersihkan diri, saya, Azrul, Imran dan akhi Shakir turun ke jeti dan makan di Restoran Anjung Cafe. Makanannya, masya Allah….!! WOW, sangat sedap!! Menu-menu yang dicadangkan; CBA, sup naga, nasi goreng dan sotong bakar. Sempat merakam beberapa gambar menu yang best di situ untuk diupload di Facebook. Macam biasalah, saja nak mengapikan rakan-rakan CUCMS dengan menu-menu yang lazat. Kelakar apabila terfikir respon mereka nanti.

Subuh di Sabah awal. Bangun pun perlu awal. Pukul 5 pagi dah bangun, solah subuh, dan bersiap. Saya, Imran dan Azrul sebilik dan kami bertiga dijadualkan untuk membantu PKP iaitu membantu program motivasi di sebuah sekolah rendah di Pulau Bum Bum. Walaubagaimanapun, panggilan dari Kunak membatalkan planning awal. Seramai 35 orang kanak-kanak telah bersedia untuk dikhatankan. Kami yang sedang menunggu di jeti untuk ke pulau terus sahaja membuat persiapan. Ubat-ubatan dan peralatan sunathon dikumpulkan dan dicatat untuk dibawa ke destinasi, sebuah perkampungan ladang kelapa sawit Sime Darby di Kunak.

Setibanya di sana, dewan yang digunakan untuk program medical check up telah penuh dan meja petugas-petugas telah dikerumuni oleh orang-orang kampung untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma. Walau bagaimanapun, kami bertiga tidak sempat untuk duduk lama di situ kerana kami terpaksa bergegas ke klinik kesihatan berdekatan untuk persiapan sunathon.

Setibanya kami bertiga di sana, Dr Burhanuddin, Dr Farhan Hadi dan Abang Shafi’e (MA dari HUKM) telah tiba lebih awal. Setelah berbincang seketika, semua peralatan dan keperluan dibawa masuk dan flow kemasukan kanak-kanak untuk disunatkan diatur. Air dipanaskan untuk sterilisation, LA dicukupkan dan set sunathon dikumpulkan. Pagi ini, tiga meja dibuka dan setiap satunya di lead oleh Dr Burhanuddin, Dr Farhan dan Abang Shafi’e. Setelah semuanya tersedia, kanak-kanak dan ibu bapa mereka dikumpulkan. Doa memohon keberkatan dibaca oleh Dr Burhanuddin dan sunathon pun bermula.

Flow berjalan seperti biasa tetapi cabaran baru dalam sunathon kali ini adalah teknik yang digunakan. Biasanya dalam program-program PPIM, Prof Latif dan prof Ikram menggunakan teknik cauthery untuk menyunat tetapi kali ini, kami menggunakan teknik lama iaitu teknik dorsal slit. Bezanya teknik ini dengan teknik cauthery, prosedur menyunat menjadi lebih lama disebabkan adanya pendarahan di mana ianya perlu dihentikan sebelum proceed dengan suture. Pada masa yang sama, focus perlu lebih tinggi untuk mengelakkan daripada terpotong arteri. Mula-mula terasa kekok tetapi lama kelamaan terasa seronok. Pengalaman bermain darah lebih thrill sebenarnya. Mungkin itu rahsia keseronokan menjadi surgeon.

Akhirnya, saya mendapat peluang untuk menyunat. Abang Shafie memberi peluang kepada saya untuk melakukan teknik dorsal slit. Berjaya! Tetapi malangnya, selesai sahaja suturing dan adik itu sendiri sudah bangun untuk keluar daripada bilik bersama dengan ubat yang diberi, saya terperasan darah menitik dengan banyak. Saya membaringkan dia kembali tetapi pendarahan itu berhenti. Saya memeriksa sekali lagi tetapi setelah hampir 30 minit berbaring, keadaannya sudah bertambah baik. Tetapi apabila dia berdiri, berjalan dan keluar dari bilik dengan ayahnya, darah menitik lagi dengan banyak. Kali ini, adik ini mengadu pening dan berdebar. Saya terus mengangkat, membaringkannya dan mengambil seberapa banyak gauze dan ditekapkan pada kemaluannya. Adik ni memang tabah, dari mula sehinggalah sekarang, tiada airmata atau teriakan keluar. Dia diam sahaja dan jika sakit, dia akan memberitahu saya. Merasa kasihan dengan keadaannya, saya meminta Dr Burhanuddin dan abang Shafi’e untuk memeriksa adik tersebut.

Abang Shafi’e memeriksa luka tersebut dan mencadangkan untuk membuka kembali suturing yang dah dibuat tadi. Setelah dibuka, tempat-tempat pendarahan dapat dikenal pasti tetapi darahnya tidak memancut, ia cuma mengalir. Setelah diperiksa beberapa kali, abang Shafi’e confirmkan yang adik ini kemungkinan mempunyai bleeding disorder. Biarpun hampir 2 jam, darahnya masih tidak berhenti dari mengalir. Abang Shafi’e dengan tenang menunjukkan kepakarannya dengan membuat ligation di bahagian yang berdarah itu. Setelah hampir 2 jam lebih, tiada lagi pendarahan berlaku dan adik ini dibenarkan pulang. Tetapi sebelum pulang, saya sempat bertanya namanya, Jefri dan cita-citanya ingin menjadi askar. Saya juga berpesan kepada bapa Jefri supaya membuat pemeriksaan darah memandangkan dia mempunyai history of bleeding seperti gum bleeding dan bila luka, darah lambat berhenti. Ini diakui oleh bapanya.

Alhamdulillah. Itu pengalaman pertama saya menghadapi pesakit sunathon yang mempunyai masalah sedemikian rupa. Pastinya di kemudian hari saya akan lebih berhati-hati dan berwaspada. Pengalaman ini pasti ada hikmahnya di kemudian hari, Insya Allah.


Bersambung….

No comments yet

Leave a comment